VELOCITY MOTOR SHOW KEMBALI PADA HARI MALAYSIA DENGAN SAMBUTAN DAN KESERONOKAN BERGANDA

Selepas melaksanakan siri jelajah di Pulau Pinang dan Johor, VELOCITY MOTOR SHOW 2018 (VMS 2018) dijangka kembali dengan penuh gemilang di Kuala Lumpur.

VMS 2018 bakal membawakan elemen KESERONOKAN, GAYA HIDUP dan MUZIK ke Plaza Arkadia Outdoor Carpark di Desa ParkCity, Kuala Lumpur dari 15 hingga 17 September, bermula 10 pagi hingga to 10 malam.

Acara pameran automotif yang dianjurkan oleh FitzGerald Events, bakal diadakan untuk tahun ketiga berturut-turut.

Lebih istimewa, tahun ini akan membawakan perayaan berganda apabila penganjuran VMS 2018 jatuh pada hujung minggu bersamaan dengan Hari Malaysia, perayaan untuk mengingati semangat perpaduan dan ‘spirit of wheels’.

Ia tidak hanya untuk meraikan rakyat Malaysia, VMS 2018 juga akan menghimpunkan peminat kereta di seluruh rantau ini.

Dengan tiket masuk hanya RM10 sehari dan RM15 untuk tempoh tiga hari, VMS 2018 bukan sekadar menjadi platform pameran kereta menarik, malah acara berlangsung sepanjang tiga hari ini penuh dengan pelbagai aktiviti termasuk semua yang berkaitan dengan automotif, sukan lasak, hiburan, makanan, pelbagai hadiah cabutan bertuah dan banyak lagi.

Salah satu acara utama VMS 2018 adalah Big Foot Trucks Show, di mana pelbagai siri trak raksasa yang mana dihasilkan menerusi modifikasi trak pikap dengan menggunakan suspensi dan tayar lebih besar akan menggegarkan Malaysia.

Jika sebelum ini anda hanya melihat keperkasaannya di dalam filem, kini anda berpeluang melihatnya dengan lebih dekat. Satu lagi acara utama sepanjang VMS 2018 adalah pameran Liberty Walk Thailand dan Malaysia dengan lebih 10 buah kereta yang telah dimodifikasi akan dipamerkan.

Liberty Walk telah berkembang sepanjang sejarahnya menjadi salah satu jenama terbesar dunia dalam penalaan automotif.

Acara pameran automotif akan terpahat namanya apabila sukan permotoran ‘drifting’ menjadi sebahagian daripadanya.

Cabaran ini akan dihakimi oleh Loyai “War Head” Hanizam dan Raja Drift Malaysia, Tengku Djan Ley. Gymkhana, satu lagi acara sukan permotoran yang dikendalikan GRA akan menghiasi VMS 2018.

Anda boleh merasai kehangatan dan keseronokan di Gymkhana Competition, di mana pemandu akan bersaing dengan masa dan kemahiran menyusuri halangan seperti kon, tayar dan penghadang untuk sampai
ke garisan penamat.

Peserta yang sampai ke garisan penamat paling awal akan dinobatkan sebagai pemenang. VMS 2018 juga akan menyaksikan acara Car Club Battle yang diadili oleh panel hakim dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura bagi menentukan kelab manakah terbaik.

Menerusi SQC Club Car Audio Competition pula, bunyi paling menonjol bakal membuatkan jantung anda berdenyut lebih pantas.

Sekiranya anda sedang mencari kereta baharu, maka ini adalah masanya. Hadiah percuma bernilai lebih RM5,000 akan menjadi milik anda apabila membuat tempahan kereta baharu sepanjang tiga hari acara ini berlangsung.

Selain daripada jentera, anda juga akan dihidangkan dengan jualan snicker dan acara pameran, selain pertunjukan sukan lasak oleh bakat VHYPES dalam VHYPES BMX and SKATEBOARDING Competition.

Untuk keterangan lanjut mengenai Velocity Motor Show 2018, layari Facebook @VelocityMotorShow atau @VelocityMotorShow_Official di Instagram.  Maklumat lebih lanjut, hubungi +6016 366 6012.

VELOCITY MOTOR SHOW 2018

Tarikh: 15-17 September 2018

Masa: 10 PAGI to 10 MALAM

Tempat: Plaza Arkadia Outdoor Carpark, Desa ParkCity, Kuala Lumpur

Tiket Masuk: RM10 sehari layak untuk 2(dua) cabutan bertuah RM15 untuk tiga hari layak untuk 6(enam) cabutan bertuah

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.