Vauxhall Corsa: Macam Biasa Tengok?

Vauxhall Corsa.07

Dalam persaingan perniagaan ayat yang biasa kedengaran ialah kalau kita tidak boleh lawan pesaing, samakan atau ikut mereka [match or follow them] dan sebab itu banyak rupa kereta menyerupai satu sama lain. Perhatikan kereta kebangsaan kita, pada suatu masa saya tidak boleh menerima langsung rupa baru Proton Persona dan Saga, terlalu hendak menjadi VW, begitu juga dengan Perodua Myvi, rupa generasi pertama mengambil bayangan Honda Jazz manakala generasi kedua pula seakan Suzuki Swift. Tapi apa boleh buat, ini adalah trend semasa dan tidak banyak yang boleh dilakukan pembeli selain menerima bulat-bulat. Itu belum lagi cerita mengenai kereta buatan China.

Vauxhall Corsa.01

Nampaknya bukan kereta Asia sahaja yang meniru Eropah, pertama kali melihat gambar Vauxhall Corsa ini ianya saling tidak tumpah dengan kereta Jepun, lebih tepat Mazda2 di tambah pula dengan warna hijau simbol rasmi kereta kompak tersebut. Selain dari warna, simbol yang paling nyata ialah bampar senyum yang biasa dilihat pada kereta-kereta Mazda.

Vauxhall Corsa.04

Perubahan yang terdapat pada Corsa ialah jeriji, bampar senyum, lampu ‘burung helang’ dengan lampu siang hari, lampu kabus dengan gegelung krom serta lima warna baru iaitu Lime Green, Chilli Orange metalik, Sunny Melon, Guacamole [?] dan Pepperdust metalik. Walaupun Corsa adalah kereta kompak tetapi opsyen tayarnya boleh buat kaki modifikasi tersenyum kerana saiznya sama ada 16 inci untuk model SE atau SXi dan 18 inci jo! untuk model VXR berkuasa 192 ps!

Vauxhall Corsa.03

Untuk menjadikan Corsa lebih sedap dipandu, para jurutera Vauxhall telah menyemak semula talaan stereng dan suspensi. Spring lebih lembut digunakan pada bahagian hadapan dengan sesendal [bushing] palang anti oleng baru dan diameter lebih besar. Harga Vauxhall Corsa bermula daripada GBP 9,995 – tidak sampai RM60 ribu. Apa pun pereka Mazda mungkin tersenyum melihat Corsa ini. Suatu pengiktirafan tidak langsung kepada mereka, orang kata immitation is the best form of flattery. Minta Encik Matpon kita terjemah sikit.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

10 comments

Skip to comment form

    • jelapangPadi on 25/11/2010 at 9:40 AM
    • Reply

    gua first…ha,en matpon kita tunggu apa lgi,terjemah la..

    • speed on 25/11/2010 at 11:19 AM
    • Reply

    mcm ford fiesta pun ada

  1. apasal vauxhall tak bwak masuk direct ke msia? sebab segment keter sana byk layan v8 aje ker?

    • karuk on 25/11/2010 at 12:21 PM
    • Reply

    belakang mcm latio sport pun ada… kalu vauxhall, gua kenal astra je, lain x kenal…

    • Datsun Buah Kana on 25/11/2010 at 3:19 PM
    • Reply

    Inilah yang dinamakan famili planning

    • azwan nbs on 25/11/2010 at 6:49 PM
    • Reply

    YESSSSSSSS

  2. Apa yang lu yess jo? Gua dengar lu SPM?

    Hai sepat. how r u?

    • cb400vtec on 26/11/2010 at 9:49 AM
    • Reply

    lepas spm xde alasan la xbli MK…

    • belalang_kontot on 26/11/2010 at 12:32 PM
    • Reply

    hehe…lu abiskan cepat spm azwan…
    mak, model ni kire rebadge ke or die men tiru gitu2 je?

  3. BK
    Model rupa baru [Facelift]

Leave a Reply to MatponCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.