Dec 20

Van Panel Daihatsu Gran Max

Daihatsu Gran Max.02

Daihatsu Malaysia Sdn Bhd [DMSB] baru-baru ini melancarkan van panel Gran Max seterusnya kembali semula ke pasaran van komersil dengan produk baru yang lebih versatil, kapasiti kargo lebih besar, lebih penjimatan minyak dan berbaloi untuk para peniaga.

Dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter DVVT dengan transmisi manual lima kelajuan, van panel Gran Max berukuran 4 meter panjang, 1.7 meter lebar dan jarak roda 2.7 meter. Ruang kargonya pula berukuran 2 meter, 1.5 meter lebar dan 1.3 meter tinggi dan gabungan keseluruhan saiz ini menjadikannya sesuai untuk keperluan bisnes para peniaga. Ruang lantainya pula rendah dan ideal untuk kerja-kerja pemunggahan barang. Berat kasar Gran Max ialah 2,000 kg.

Daihatsu Gran Max.03

Van dua tempat duduk ini mempunyai aturan kerusi seperti kereta seterusnya memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang depan dan boleh dilaras mengikut keperluan peribadi. Posisi panel instrumen juga ergonomik, mudah dicapai oleh pemandu tanpa perlu mengalihkan mata dari jalan raya. Untuk pemanduan lebih selesa, suspensi roda belakang adalah daripada jenis gegelung manakala dihadapan pula jenis MacPherson dan pusingan radius yang kecil membolehkan Gran Max melepasi ruang-ruang kecil. Tidak diabaikan ialah sistem keselamatannya yang dilengkapi ABS bagi memastikan brek tidak terkunci sewaktu kecemasan.

Daihatsu Gran Max.01

Van panel Gran Max yang dimport sepenuhnya dari Indonesia ini dijual pada harga RM58,888 dan menyertai varian Gran Max lain seperti model badan kayu, badan besi, van ‘kotak’ dan van luton.

Teks: DMSB

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

13 comments

Skip to comment form

    • Ahli Pak Leman on December 20, 2010 at 8:53 am
    • Reply

    Aku first siot (yg hantar komenla, yg baca, mungkin aku yang kesejuta)

    • Abangbro on December 20, 2010 at 8:55 am
    • Reply

    haha aku y 2nd tp ni citer pasal van x berminat nak komen

    • Sekeru Longgaq on December 20, 2010 at 9:36 am
    • Reply

    NI TUK RUNNER2 JUAL BRG2 HALF CUT BLEH LA

    • C27 on December 20, 2010 at 10:08 am
    • Reply

    buleh buat ambulan ni..

    • belalang_kontot on December 20, 2010 at 10:12 am
    • Reply

    leh tahan gak design die…rusa replacement model..hehe…

  1. gear ala2 EP…ade mat rempit buat blumba ni krg….hah

    • itik_nila on December 20, 2010 at 2:07 pm
    • Reply

    tunggu produa rebadge van ni…huahuahua

    • matkilau on December 20, 2010 at 2:24 pm
    • Reply

    asl rim tampal dia cam proton wira..kantoi
    haha

  2. Pasni Poslaju pakai kot…

    • extra5 on December 20, 2010 at 5:20 pm
    • Reply

    MPV terbaru perodua.. hehe

    • whybk3vet on December 20, 2010 at 6:26 pm
    • Reply

    aku da jumpa dah menatang neh sebijik kt manjung…dasat2

  3. masuk rim,topup bucket,blakang kasi tmbh krusi,lagi?…topup turbo….pergh….boleh main drift..hahahahak

    • asmadi on June 19, 2011 at 12:40 am
    • Reply

    Aku baru je makeup satu van jenis ni untuk satu kompeni. Dalam dia memang luas… Berbaloi kalau guna untuk business. Tapi version penumpang belum ada lagi… Kalau ada memang ok. Kat Indonesia, top van jenis ini. Siap buat make over competition pulak lagi..

Kata Anda//