Usain Bolt: Gua Rasa Macam Ferrari!

Ferrari Usain Bolt.01

Sekarang ini musim sukan Asia, atlet kita ramai tengah berjuang di China dan setakat semalam beberapa pingat sudah berjaya dihimpun. Paling menarik bila tengok skuad takraw negara lawan China, boleh tahan juga mereka main tetapi kita lebih handal sebab ini adalah permainan tradisi dan maruah kita. Dua tiga tahun lagi saya tidak pasti sebab China nampaknya begitu bersungguh untuk menjadi juara dalam semua bidang.

Ferrari Usain Bolt.02

Apa pun entri ini bukan hendak sembang takraw atau sukan Asia tetapi mengenai Usain Bolt – manusia paling laju di dunia, pemegang rekod dunia dan pemenang pingat emas dalam acara 100 dan 200 meter di sukan Olimpik. Pada Isnin beliau dibawa ke Maranello untuk ditemukan dengan kereta hebat di muka bumi – Ferrari. Usain diberi peluang untuk menguji model 458 Italia dan 599 GTB Fiorano di litar Ferrari dan beliau memberi komen:

“Ianya lebih kurang macam saya, sangat reaktif dan berazam!”

Memang handal lah, Usain dengan Ferrari. Sama-sama laju.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Matpon: Selamat hari raya geng. Gua tengah fikir apa nak ucap ni. Kekekekek.

Muhammad

11 Comments

  1. Usain bkn ke ada kontrak dgn Nissan GTR…huhu…Fastest man on earth…

Kata Anda//