Unit Pertama Lotus Evora 400 Diluncurkan Dari Kilang Hethel

Lotus Evora 400 2015.01

Pengeluar kereta sport, Lotus baru-baru ini mengadakan majlis ringkas bersama dengan pengurusan kanan, staf kejuruteraan dan produksi bagi meraikan produksi pertama Lotus 400 di Hethel.

Jean-Marc Gales, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Lotus berkata “Hari ini merupakan masa yang signifikan di dalam perancangan jangka panjang kami yang telah dirancang sejak lebih dari setahun lalu. Dengan pengeluaran Evora 400 pertama, kami telah mencapai suatu yang penting buat Lotus.”

Kesemua ini berjaya dicapai dengan keyakinan dan komitmen tenaga kerja kami yang mempunyai bakat dan kemahiran yang telah memasang setiap kereta Lotus dengan tangan mereka di Hethel”, tambah beliau.

Lotus Evora 400 mencatat 6 saat lebih pantas di trek ujian Hethel berbanding Evora S sebelum ini dengan masa 1 minit 32 saat. Menggabungkan prestasi tinggi dan pengendalian legenda Lotus, Evora 400 lebih pantas dan dinamik di mana hasil akhirnya menjadikan kereta ini lebih lincah dan jitu untuk dipandu.

Kelajuan maksimum ialah 300 km/j dan pecutan 0 – 100 km/j ialah 4.1 saat. Lebih dari 2/3 Lotus Evora 400 menggunakan peralatan dan perkakasan baharu termasuk enjin 3.5 liter V6 dengan supercaj yang menghasilkan 400 hp dan 410 Nm tork. Evora 400 juga mempunyai chasis aluminium dan interior baharu manakala badan yang menggunakan material komposit yang ringan mengubah bahagian depan dan belakang kereta.

Evora 400 yang dilancarkan di Geneva pada Mac lalu akan mula diedarkan di pasaran Eropah bermula Ogos ini. Pasaran China dan Amerika Utara pula akan menerima model ini pada awal 2016.

Unit pertama Evora 400 yang berwarna hitam metalik akan digunakan sebagai kereta promosi untuk Lotus.

Harga Lotus Evora 400 untuk pasaran antarabangsa (termasuk cukai) adalah seperti berikut:

UK (Pound Sterling)    –           £72,000

Germany (Euros)        –           €96,000

Japan (Yen)                 –           ¥13,200,000

USA (Dollars)              –           $89,900 (termasuk cukai jualan tempatan)

China (RMB)               –           1,318,000

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.