UMW Toyota tawar khidmat pelanggan terbaik melalui program Care That Amazes

Toyota sememangnya dikenali sebagai pengeluar kenderaan yang boleh dipercayai, tahan lasak di samping menjimatkan minyak. Sejak tahun 60 an lagi, pelbagai generasi rakyat Malaysia sudah merasai pemilikan kenderaan Toyota yang turut menyumbang kepada industri automotif negara. 

Sudah menjadi kebiasaan, Toyota sentiasa berusaha keras untuk memenuhi jangkaan pelanggan malah cuba untuk menjangkauinya termasuk sepanjang tempoh pemilikan. Dari mula pelanggan mengunjungi bilik pameran untuk meninjau model terbaru sehinggalah kepada menjadi pemilik, Toyota akan cuba memastikan pelanggan mendapat pengalaman terbaik.

Kini, UMW Toyota Motor (UMWT) mahu memberi lebih perhatian kepada khidmat pelanggan dan bagaimana untuk menjadikannya lebih baik. Beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai program dan insiatif telah dilakukan bagi menyokong usaha tersebut demi ketenangan minda pelanggan Toyota dan juga pemilik akan datang.

Program Care that Amazes

UMWT telah melancarkan program ‘Care that Amazes’ dengan khidmat serta memberikan pengalaman pemilikan terbaik untuk setiap pelanggan Toyota.

Lima tahun waranti

Di antara program yang dijalankan ialah kesemua kenderaan baharu Toyota dilengkapi dengan waranti lima tahun tanpa had perjalanan (bergantung kepada terma dan syarat) dan seterusnya memberikan ketenangan minda kepada pelanggan.

Waranti tersebut turut terpakai untuk pemilik seterusnya asalkan ia berusia lima tahun dari tarikh pembelian yang mana dapat menambah baik nilai jualan semula kenderaan Toyota.

Toyota 24Seven Road Assist

UMW Toyota Care that Amazes

Toyota 24Seven Road Assist pula menawarkan khidmat bantuan andaikata kenderaan mengalami masalah. Ia sah untuk tahun pertama pemilikan dan pembeli boleh menggunakan khidmat ini tidak kira masa, hari dan lokasi asalkan di dalam negara.

Kenderaan Toyota biasanya jarang mempunyai masalah namun sebarang kebarangkalian turut boleh berlaku seperti tayar pancit atau kemalangan dan untuk kes-kes seumpama itu, pemilik boleh menggunakan khidmat yang disediakan UMWT untuk menunda kenderan ke pusat servis bertauliah Toyota berhampiran.

Jika pemilik berhasrat untuk melengkapi Aksesori Tulen Toyota pada kereta mereka, khidmat tersebut juga disediakan dan apabila kenderaan Toyota mengalami kerosakan, sebarang pembaikan dilakukan secara profesional di Pusat Badan & Cat Toyota yang terletak di seluruh negara dan kesemua alat ganti mempunyai waranti selama setahun, bergantung kepada terma dan syarat.

Pasukan Sokongan Pelanggan

Pasukan Sokongan Pelanggan turut tersedia bagi menawarkan bantuan kepada pemilik yang memerlukannya agar masalah dapat diminimumkan.

Khidmat tambahan

Dalam tempoh pemilikan kenderaan Toyota juga, pemilik boleh menghubungi UMWT untuk membantu dalam memperbaharui cukai jalan.

TopMark – Pusat kenderaan terpakai Toyota

UMWT tidak hanya menawarkan kenderaan baharu malah kenderaan terpakai Toyota yang berkualiti melalui anak syarikatnya iaitu TopMark. Ini adalah tempat terbaik untuk mendapatkan kenderaan terpakai Toyota memandangkan kesemua kenderaan diperiksa secara menyeluruh termasuk baki pinjaman dan seolah-olah seperti membeli kereta baharu.

Kenderaan yang dibeli juga dilengkapi setahun waranti (mengikut terma dan syarat) dan ia adalah suatu yang jarang ditawarkan kepada pembeli kenderaan terpakai.

Aplikasi Toyota Drive

Toyota Drive

Dalam era teknologi sekarang ini, ramai pengguna bergantung kepada telefon pintar bukan sahaja untuk membuat panggilan malah mendapat maklumat melalui internet. UMWT menyediakan pelbagai informasi untuk kegunaan pelanggan melalui aplikasi Toyota Drive untuk kedua-dua sistem operasi iOS dan Android.

Untuk pelanggan yang berdaftar dengan UMWT, mereka boleh memeriksa sejarah servis dan membuat temujanji untuk khidmat servis berkala.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.