UMW Toyota rai Pengerusi dan Presiden baharu

UMW Toyota (UMWT) Motor Sdn. Bhd.

UMW Toyota (UMWT) Motor Sdn. Bhd. baru-baru ini mengadakan satu majlis bagi meraikan Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman dan En. Ravindran Kurusamy selaku Pengerusi dan Presiden baharu konglomerat itu. Majlis tersebut turut menghargai tetamu tempatan, Jepun dan Asia Pasifik.

Pada majlis tersebut, kedua-kedua pengurusan tertinggi syarikat diperkenalkan oleh En. Akio Takeyama, Naib Pengerusi UMWT.

Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman dalam bidang kewangan dan telah mengetuai Permodalan Nasional Berhad sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Operasi untuk tempoh yang lama. Beliau menggantikan Tan Sri Asmat Kamaludin.

En. Ravindran Kurusamy pula telah bersama UMWT sejak 26 tahun lepas dan telah berkhidmat dalam pelbagai divisyen syarikat. Dalam tempoh itu, beliau turut mempunyai hubungan rapat dengan rakan kerjasama UMW iaitu Toyota Motor Corporation.

En. Akio Takeyama turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Asmat Kamaludin yang banyak berjasa kepada UMWT seperti tunjuk ajar dalam berurusan dengan kerajaan, penambah baikan outlet Toyota dan pelbagai lagi. Beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi UMW Group dan UMWT sejak 2001 selepas bersara dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

UMWT adalah syarikat usahasama di antara UMW Corporation dengan Toyota Motor Corporation dan Toyota Tsusho Corporation yang ditubuhkan pada tahun 1982. Syarikat tersebut adalah pemasang dan pengedar kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia.

UMWT mempunyai hampir 100 outlet jualan dan servis termasuk pengedar sah di seluruh negara.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.