UMW Toyota Motor Melancarkan Toyota Corolla Altis Baharu

Toyota Corolla Altis 2014.02

UMW Toyota Motor, pengeluar dan pengedar kenderaan Toyota di Malaysia, mengumumkan pelancaran model serba baharu Toyota Corolla Altis hari ini. Dengan pelbagai penambahbaikan dan peningkatan, Toyota Corolla Altis serba baharu menawarkan pelanggan “Generasi Terbaharu Gaya dan Keseronokan”.

Toyota Corolla Altis serba baharu merangkumi penambahbaikan gaya, teknologi automotif maju dan ciri-ciri dikemaskini bagi semua varian, memberikan pelanggan nilai pemilikan dan kepuasan yang lebih lagi. Tempahan bagi Toyota Corolla Altis serba baharu telah bermula pada November 2013 dan sehingga ke hari ini, hampir 1,000 unit tempahan telah diterima. UMW Toyota Motor menyasarkan untuk menjual sebanyak 9,000 unit setahun.

Toyota Corolla dikenali sebagai satu daripada barisan model popular di dunia dengan lebih 40 juta unit terjual di lebih daripada 150 negara. Sejak pertama kali diperkenalkan pada 1966, Toyota Corolla telah melalui 10 perubahan model.

“Evolusi “Kereta Global” ini telah menyaksikan banyak penambahbaikan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Toyota Corolla Altis mewakili satu dalam lima kenderaan yang dijual dalam sejarah 76 tahun Toyota. Toyota Corolla Altis pertama kali diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 2001. Kami telah menjual hampir 64,000 (63,798) unit sehingga tahun lalu, yang merupakan bukti keyakinan rakyat Malaysia terhadap jenama Toyota”, kata Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor.

Toyota Corolla Altis 2014.01

Menerangkan lebih lanjut mengenai Toyota Corolla Altis serba baharu, Datuk Ismet Suki berkata, “Kami telah mengambil pendekatan yang lebih terkehadapan dan dinamik dalam pembangunan Corolla Altis baharu ini dan oleh itu, memenuhi kesemua ciri Toyota – kualiti, keselamatan, kebolehpercayaan, prestasi dan nilai cemerlang.”

Direka bentuk baharu sepenuhnya, Toyota Corolla Altis serba baharu membawa standard baru terhadap kecemerlangan automotif dalam kelasnya. Nadi Toyota Corolla Altis serba baharu ini dibina di atas platform baru, manakala kereta telah diberi penambahbaikan dalam semua aspek bagi menawarkan keselesaan, ruang luas yang terbaik dan standard kualiti tinggi yang lebih baik lagi.

Toyota Corolla Altis yang baharu dilancarkan ini mengambil pendekatan segar dengan penambahbaikan yang banyak berbanding model sebelumnya, menawarkan keseimbangan sempurna dalam pakej, prestasi, selain gaya luaran dan dalaman. Dengan ini, model terbaharu dalam keluarga Toyota ini pasti menonjol kepada generasi baru pengguna yang arif dan mengukuhkan kedudukan model ini sebagai peneraju pasaran dalam segmennya.

Gaya luaran “prestij moden” menghasilkan penambahbaikan yang besar keseluruhannya. Bahagian hadapan kereta menampilkan reka bentuk jeriji trapezoid dengan batang bersalut krom yang melangkaui dari lambang ikonik Toyota hingga ke luar tepi lampu hadapan LED dengan DRL yang merupakan pertama dalam kelasnya, iaitu lampu hadapan yang lebih tahan lama dan cekap tenaga bagi mengurangkan kelesuan semasa memandu di waktu malam. Asas roda (wheelbase) Toyota Corolla Altis serba baharu telah ditambah untuk menjadikan kabin lebih luas dan kedudukan pemanduan sport yang lebih selesa.

Toyota Corolla Altis serba baharu boleh didapati dalam lima warna bertenaga. Ini merangkumi White Pearl CS, Silver Metallic, Attitude Black dan dua warna yang baru diperkenalkan – Grey Metallic dan Dark Brown Mica Metallic.

Ruang dalaman Toyota Corolla Altis serba baharu juga menampilkan penambahbaikan yang banyak. Ia menggunakan bahan yang lembut semasa disentuh bagi mewujudkan rupa yang licin. Perkakasan dan perhiasan moden dan bersih juga tambah meneguhkan tema “Dinamisme Ikonik” dalamannya.

Toyota Corolla Altis serba baharu juga telah melalui reka bentuk semua bahagian di bawah hud bagi memberikan pengalaman pemanduan lebih lancar dan menyeronokkan, merangkumi paras terbaik kesenyapan dalam kelasnya. Penumpang kerusi belakang dalam varian 2.0V akan menikmati sentuhan tambahan daripada segi keselesaan dan kemewahan yang lazimnya hanya terdapat pada kereta mewah. Ini termasuk kerusi belakang boleh lipat dan pemegang cawan berlampu, iaitu antara penambahbaikan dalamannya yang banyak.

Berucap pada majlis pelancaran, Presiden UMW Toyota Motor Datuk Ismet Suki berkata, “Toyota Corolla Altis serba baharu adalah bukan sekadar `penambahbaikan’. Sebaliknya, ia juga mengambil pendekatan baharu dan pandangan ke hadapan sepenuhnya. Kami benar-benar yakin model baharu ini akan terbukti menjadi kesegaran dalam pasaran.”

“Corolla telah berada dalam kehidupan rakyat Malaysia dari generasi ke generasi. Hari ini kita menandakan kesinambungan warisan ini. Oleh itu, keraian warisan Corrila diraikan bersama dengan semua rakyat Malaysia,’’ tambah beliau.

Toyota Corolla Altis serba baharu boleh didapati dalam tiga varian. Varian 1.8E berharga RM114,000 sementara varian 2.0G ialah RM123,000. Model tertingginya, 2.0V dijual pada harga RM136,000 (semua harga adalah di atas jalan dengan insurans).

Majlis pelancaran turut dihadiri oleh Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi UMW Toyota Motor; Datuk Takashi Hibi, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor; Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor dan Shinichi Yasui, Ketua Jurutera Toyota Corolla Altis serba baharu.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.