UMW Perkenalkan Minyak Pelincir Repsol

Shah Alam, 13 Mac 2012 – UMW Lubricant International Sdn Bhd (ULI) yang merupakan pengedar rasmi minyak pelincir Repsol pada hari ini melancarkan produk adunan tempatan dan mengumumkan plan bisnes strategik mereka untuk menembusi pasaran tempatan dan serantau.

Bersama wakil Repsol iaitu En. Jose Barreiro (Pengarah Pelincir Repsol) dan Cik Teresa Martin (Pengurus Pelincir Repsol Serantau), kerjasama tersebut dikukuhkan lagi pada “Dealers Conversion Program” yang diadakan di Hotel Concorde Shah Alam hari ini.

En. Megat Shahrul Azmir, Pengarah Eksekutif Divisyen Kejuruteraan dan Pembuatan UMW memberi tahu mereka telah pun mengenal pasti sejumlah pengedar yang akan dilantik oleh ULI untuk membawa jenama Repsol lebih dekat kepada pengguna dan kompetitif di pasaran tempatan dan serantau.

Beliau menjelaskan, dengan jenama Repsol yang kuat dan berkualiti, mereka telah dihubungi oleh banyak pengedar berpengalaman untuk berkerjasama. Permintaan tersebut merupakan pengesahan untuk jenama antarabangsa itu.

“Walau bagaimanapun, kami agak selektif dalam melantik pengedar-pengedar dan berharap untuk berkembang dari setahun ke setahun bagi memenuhi permintaan dan peningkatan jumlah motosikal dan kereta penumpang di Malaysia” kata Megat Shahrul.

Beliau memberitahu, sebanyak 300 pengedar sudah dilantik setakat ini dan dijangka meningkat hingga 500 outlet pada penghujung 2012 termasuk di timur Malayia.

Repsol adalah salah satu daripada 10 syarikat minyak persendirian dunia daripada segi saiz dan amat terkenal di dalam industri sukan permotoran terutama sekali di dalam MotoGP melalui pasukan Repsol-Honda dan penunggangnya Casey Stoner yang juga juara dunia 2011. Walaupun jenama Repsol sinonim dengan pelincir motosikal namun ianya mempunyai produk pelincir untuk kereta penumpang dan pelincir jentera industri.

“Kami memperkenalkan pelbagai gred minyak pelincir kereta yang terdiri daripada sintetik dan mineral dan dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa keseluruhan pelincir Repsol tersebut diadun di kilang kami di Shah Alam,” kata Megat Sharul.

Repsol sehingga kini mempunyai peratus pegangan pasaran yang besar di Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika Utara. En. Jose Barreiro yakin kerjasama dengan UMW Lubricant International bakal mendokong perkembangan antarabangsa Repsol termasuklah penetrasi pada pasaran Asia.

Silakan kongsi:

4 comments

Skip to comment form

  1. Masa gua pkai TZM tahun 90’an dulu Repsol lah minyak terbaik penah gua pakai

    • sepat on 14/03/2012 at 11:13 AM
    • Reply

    agak2 berapa lama repsol ori dpt bertahan kat market sblm repsol sg buloh masuk line? kihkih

  2. Goku : gua lahir end of 70’s …abis SPM middle of 90’s…dulu2 punyer rider giler2 gak sampaikan Jln Ipoh tu kuar kat paper Metro dorg ckp Litar Sepang No.2 … hebat tak hebat gak la time tu tp takde la sampai langgar2 polis sampai mati & patah riuk sumer mcm bdk2 zaman skrg ni…adik gua pun kategori hebat gak siap bikin motor EX5 bapak gua sampai takde org leh beat la kat KL ni…XPDC,Cromok & Soundgarden tu kire sentiasa berada di halwa telinga gua la zaman2 tu…Ramlah Ram gua sekolah rendah lg kot time tu…koleksi kaset & CD gua ade la dlm 10 kotak kasut tak termasuk yg pinjam tak pulang2 balik…duit yg lebur dlm anggaran RM10K ade kot…perghh…boleh buat deposit beli kete tu…so umur gua skrg ni kire2 dipertengahan antara muda belia & awal veteran la…senang citer 30’an la camtu…kat sini gua rasa tak kire tua muda …sumernyer ade satu matlamat…membincangkan tentang automotif…ye dok…

    • balalang_kontot on 18/03/2012 at 4:41 AM
    • Reply

    gua setuju ngn brader caparzo…
    umur bukan ukuran…
    gua pun mude gak…
    kalo wat loan umah leh pegi 40tahun…
    cume takde bajet nak byr 10% deposit je…
    gua lebih suke zaman 90an…
    warrghhhhhh!!!!

    sepat, gua penah hampir tertipu ngan minyak itam sungai buloh…
    boleh plak mamat tu jual shell yg reger 75 dgn harga 50..
    bak kate cina spare part “aiya,wa pun talak dapat itu harga.ini minyak oli punya.lu tak caya kasi cium dia punya bau,compare sama itu 50 punya harga….”

Leave a Reply to sepatCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.