Ulasan Penuh HIN Penang 2012

Walaupun terlewat, namun gua cuba juga untuk memenuhi janji membuat sedikit ulasan tentang HIN Penang tempoh hari, barulah Janji Ditepati namanya. Maklumlah, jemputan Rumah Terbuka memang tak menang tangan dibuatnya.

HIN Penang 2012 merupakan kesinambungan acara yang pertama kali berlangsung di Shah Alam pada tahun sudah. Acara yang ditempat di Penang International Sport Area ataupun lebih dikenali sebagai PISA dilihat agak ideal juga untuk diadakan acara dalam dewan seperti ini. Cuma kalau pengunjung dari luar Penang, barangkali agak mengelirukan juga untuk mencari pintu masuk ke PISA ini disebabkan kerja-kerja penambahbaikan yang sedang giat dijalankan di persekitaran venue.

Sewaktu gua mula memasuki stadium, memang hampir tiada langsung pengunjung luar. Hanya segelintir sahaja pemilik kereta yang bertanding kelihatan. Makwe-makwe posing tepi kereta pun jauh sekali. Tapi kira eloklah. Memang ini yang gua mahu kan. Mengambil gambar kereta sahaja tanpa melibatkan betis-betis makwe terselit sama. Kalau dilihat, ruangan pameran seakan kosong, namum kalau lu orang jenis yang mengambil gambar kereta sahaja secara intensif seperti mana gua, memang dah cukup untuk membuatkan berasa sedikit mengah dengan sejumlah kereta yang ada.

Sewaktu melangkah turun ke ruang pameran, kenderaan yang membuat mata gua tidak berkedip adalah sebuah pikap yang telah diubahsuai secara agak ektensif juga dengan intercooler yang jelas kelihatan terpampang dihadapan. Itu belum tengok lagi dia punya rekaan grafik, kalau masuk hutan silap haribulan binatang pun tak berani nak datang dekat. Kereta seperti R35, DBS, Maserati, Porsche waima Ferrari sekali pun gua percaya lu orang kurang berminat untuk melihatnya di pameran seperti ini berbanding dengan Kenari, Kancil, Wira, Saga/Iswara hatta Mini sekalipun yang telah diubahsuai ke tahap paling ekstrem. Myvi dengan kit badan serupa kapal angkasa jangan cakaplah siap ada geng lagi kali ini.

Oh ya, HIN kali ini juga jelas kelihatan seperti perang untuk mempamerkan siapa punya wing yang paling tinggi. Makcik Limah kalau nampak pasti berasa gembira kerana boleh juga menumpang buat sidai kain. Nak ditegur, masing-masing pun dah besar panjang. Macam itulah bila mana duit bersepah sampai bubuh GT Wing pun macam tak kena gaya pula.

Dari segi kualiti penyertaan yang ada, gua kira kalau dibandingkan dengan HIN KL tahun sudah, rasanya macam tak patut pula memandangkan dari segi skalanya, barangkali ada sedikit kurang. Tapi meriahnya lu orang jangan risau. Meriah memang tetap meriah. Sebabnya di bahagian luar, turut diadakan acara gymkhana. Nah, siapa kata tak meriah. Kalau ada yang berlumba sambil pekena Tat Nenas, pasti lagi meriah. Bertambah meriah lagi apabila acara dodonceng turut diadakan oleh pemilik kereta demo bagi membuktikan speaker siapa yang boleh mengejutkan orang bangun solat Subuh.

Sebagai kesimpulan cerita, kalau ada yang bertanya berbaloikah mengunjungi HIN ini dengan bayaran masuk RM5, pada gua secara peribadi, untuk yang hadir bersama anggota keluarga seperti mana gua yang turut membawa anak kecil, barangkali agak kurang sesuai.

-C27-

Silakan kongsi:

1 comment

    • megatputrakuning on 17/09/2012 at 8:05 PM
    • Reply

    gua igt game bloody roar….best…MGS,SON OF PATRIOT xabs main lg….

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.