U3-X, oleh Honda

Honda U3-X.02

U3-X ciptaan Honda adalah peranti mobiliti panduan satu roda yang berkonsepkan “keharmonian dengan manusia”. Dengan teknologi kawalan keseimbangan yang dibangunkan melalui penyelidikan robotik ASIMO, robot pertama di dunia yang menyerupai manusia (humanoid), peranti mobiliti peribadi baru ini mempunyai beberapa fungsi seperti pelarasan kelajuan dan gerakan, berpusing dan berhenti dalam semua arah apabila penunggang menyandarkan bahagian atas badan untuk memindahkan berat badan.

Honda U3-X.06

Selain teknologi kawalan keseimbangan, U3-X turut ditunggang uji oleh robot humanoid berkaki dua serta sistem panduan roda arah omni (Honda Omni Traction Drive System atau HOT Drive System) yang pertama di dunia, hasil daripada penciptaan ASIMO.

Honda akan terus menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang diperlukan untuk menguji praktikaliti peranti ini dalam persekitaran kehidupan yang sebenar.

Sumber: HMSB

-Mak Uia-

Muhammad

10 Comments

  1. makin canggih maka makin malas lah manusia…
    nanti leh wat main bola dgn benda alah ni…

  2. Aku rasa, kat belakang benda alah ni, letak “balancing tyre”. Kalo tak, mau tergolek-golek aku

  3. dah tgk menda ni.. best… yg boleh naik sekitar 40 kg-100kg sahaja berat badan.. kalao kurg tak bergerak.. kalo lebih boleh patah…tapi syok woo…benda ni bergerak ikut gerak badan kita… takkan jatuh punya… tapi mgkin manusia jadi mcm cite wall-e.. jadi malas.. hahahaa…

  4. hoho…honda ni canggih…tak mustahil diorg leh cipta robot utk tuuuuuttttt….(ditapis oleh lembaga penapisan teh tarik)…

Kata Anda//