#turunkanhargakereta

Isu turunkan harga kereta ini sebenarnya sudah lama. Lebih kurang enam tahun lepas, kerajaan Barisan Nasional sudah pun melakukannya buat pertama kali. Jika tidak dimasukkan di dalam manifesto pun, mahu atau tidak adalah menjadi kewajiban sebarang cukai dihapuskan menjelang tahun 2016 bagi mematuhi perjanjian AFTA selepas penangguhan yang diminta oleh kerajaan dengan Asean.

Dasar Automotif Negara juga sebenarnya telah disemak semula dan katanya polisi tersebut lebih bersifat menyeluruh hasil daripada kajian khusus yang dilakukan oleh Institut Automotif Negara (MAI) yang merupakan NGO di bawah pengawasan MITI. Cuma khabarnya pengumuman mengenai semakan tersebut ditangguh dahulu.

Baru-baru ini, Pakatan Rakyat berikrar untuk menurunkan cukai sebanyak 100% dengan nilai 20% setiap tahun hingga tahun kelima. Barisan Nasional pula berjanji untuk menurunkan cukai sebanyak 30% secara beransur-ansur.

Apabila ini berlaku, terdapat kesan positif pada rakyat iaitu akhirnya kita dapat membayar kereta pada harga dunia. Kesan negatifnya pula, nilai harga kereta sedia ada akan hangus sehinggalah jumlah pinjaman diselesaikan. Contoh mudah ialah nilai jualan semula lebih rendah dari baki pinjaman. Selain daripada itu, bisnes kenderaan terpakai pula akan jatuh merudum.

Untuk mengatasi kesan negatif tersebut ada beberapa cara yang dikira praktikal antaranya:

1. Kereta murah, akses payah.

Di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, harga kereta lebih murah namun aksesnya payah. Bank Negara boleh menguatkuasakan polisi pinjaman seperti jumlah pinjaman untuk kereta baharu dikurangkan daripada 90% buat masa sekarang kepada 80% hingga 70% sahaja. Tempoh bayaran pula disingkatkan daripada 9 tahun kepada 7 tahun. Hendak lebih rigid, jumlah pinjaman untuk kereta kedua dan ketiga dikurangkan kepada 70% atau 60%

2. Harga sama, ditambah nilai.

Di dalam pasaran, kereta dipasarkan dengan pelbagai varian daripada basik hingga spesifikasi penuh. Apa yang boleh dibuat ialah, sebagai contoh Proton Preve CFE spesifikasi penuh berharga RM73k ditambah nilai dengan lebih beg udara, kerusi kulit, atau pun waranti selama 10 tahun tanpa penambahan atau pengurangan harga.

Cara di atas dilihat lebih praktikal dan paling penting dapat memelihara kelangsungan industri automotif dan poket rakyat. Apa pun sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, rakyat akhirnya dapat menikmati harga kereta yang lebih murah. Harapnya kos penggunaan kereta juga turut rendah.

@muhd_gt

Silakan kongsi:

13 comments

Skip to comment form

  1. Sesungguhnya gua juga berharap agar isu lambakan kereta yang sedia ada ini turut dikaji & di-implementasi-kan secara menyeluruh sejurus berakhirnya PRU kelak. Rakyat jua adanya yang memperoleh faedah.

    • encikpadil on 10/04/2013 at 10:18 PM
    • Reply

    pasal ada logo 1m, gua x caya ha ha ha

    • perdanaburuk on 11/04/2013 at 9:58 AM
    • Reply

    Cukai eksais n cukai jualan yg patut diturunkan sedikit… Barula ada impact pada harga kereta proton & produa… Hutang kereta antara yg tertinggi kat negara kita ni… Rakyat mampu beli tapi x mampu untuk bayar bln2…. Bila kereta bdown sekali aje monthly payment dah sangkut… Itulah kenyataanya…

    • Zarina Salehudin on 12/04/2013 at 11:58 AM
    • Reply

    Apa2 pun kalau BN atau PR menang, hharga kereta akan turun. Tapi, polisi BN agak teragak2 kerana penurunan 30% dilihat sbg “patut” dan “akan berlaku” krn AFTA yg semestinya akan berlaku. Apa yang lebih menguntungkan rakyat Msia apabila PR ingin menurunkan 100% – itu baru impak sebenar – kepada struktur cukai, pendapatan negara dan pengguna/rakyat secara am. Walaupun bukan ada jalan mudah, tetapi ia boleh dilakukan jika golongan2 terlibat mencapai kata sepakat – termasuk policy maker, bank negara, industry otomotif, industri kereta terpakai dll. Dan pada masa yang sama utk mereka yang sudah punyai kereta, tentu memasang angan2 untuk menjual dan membeli kereta baru. Akan tetapi, satu mekanisma kena ada spt yg dilakukan di Jepun di mana kereta2 terpakai di export ke negara spt Malaysia. Malaysia boleh menggunapakai di mana kereta2 terpakai boleh di export ke negara seperti Afrika, India dll. Terima kasih.

    • encikpadil on 14/04/2013 at 6:21 PM
    • Reply

    well said cik zarina, jom kita tukar!!!

    • encikpadil on 17/04/2013 at 10:00 PM
    • Reply

    terbaik joe!

  2. woit sape padam komen gua puji zarina tu? kehkeh

    • megatputrakuning13 on 26/04/2013 at 2:54 PM
    • Reply

    gua lagi sokong apa yg zarina gtau…bijan dh gelabah…npknyer PR bersungguh2 nk hapuskan duty2 yg ada..hopefully hrg xmerepek pas PRU13…kalau BN mng…alamaknye minyak yg naik dulu woi…hrg kereta turun pon DOK GUNE SEKEPENG!!!

    • megatputrakuning13 on 26/04/2013 at 2:55 PM
    • Reply

    fikir2lah…

    • megatputrakuning13 on 26/04/2013 at 2:56 PM
    • Reply

    minyak naik…roadtax pon naik,insurans lagilah…nanti last2 nk kentut pon kne byr…

    • abdul rezal on 07/06/2013 at 5:42 AM
    • Reply

    Bagi kereta yang dikilang oleh syarikat automotif nasional atau kereta jenama asing yang dipasang di Malaysia, ada 2 kos komponen yang dibayar rakyat: kos kereta (termasuklah keuntungan kepada pengilang/syarikat automotif) dan cukai yang dikenakan kerajaan. Di bawah sistem cukai sekarang, cukai adalah separuh dari harga kereta yang dibayar rakyat – maknanya jika anda membeli kereta pada harga RM50,000, sebanyak RM25,000 daripada harga tersebut adalah bayaran cukai kepada kerajaan.

    Kereta yang diimport dari luar negara juga mempunyai struktur kos yang sama, tetapi harganya lebih tinggi kerana ada 2 komponen kos tambahan. Setiap kereta yang diimport dikenakan cukai import 30% dan harga jualan kereta import melonjak gara-gara lesen AP yang diperlukan untuk mengimport.

    Rafizi Ramli
    Pengarah Strategi PKR.

    • best on 22/06/2013 at 4:32 PM
    • Reply

    sokonnngggg…

    • awesome on 24/06/2013 at 1:10 AM
    • Reply

    turunkan harga kereta secepat mungkin…

Leave a Reply to megatputrakuning13Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.