Toyota Prius+: Wish Hibrid

Toyota Prius+01

Diikutkan Toyota Wish bukanlah MPV bersaiz penuh sebab kerusi barisan ketiga boleh tahan sempit. MPV ada 2 kategori, bersaiz penuh atau sederhana. Saiz penuh ialah konfigurasi kerusi selesa untuk 7 atau 8 penumpang, MPV sederhana pula jenis kerusi 5 + 2, maknanya selesa untuk 5 penumpang dan azab untuk penumpang barisan ketiga. Kalau kanak-kanak macam Shin Chan boleh la duduk selesa.

Toyota Prius+03

Di Geneva Toyota mempertontonkan kepada umum Prius+, famili terbaru Prius. Ianya adalah model hibrid penuh pertama yang menawarkan tujuh tempat duduk untuk pasaran Eropah dengan menggabungkan ciri-ciri mesra keluarga serta teknologi termaju dan mesra alam sekitar.

Toyota Prius+02

Prius+ mempunyai ruang yang lebih besar dari Prius biasa. Kerusi barisan kedua terdiri dari tiga tempat duduk berasingan boleh lipat manakala kerusi barisan ketiga boleh lipat penuh atau bahasa industri kerusi 50:50. Walaupun bertambah besar, Toyota yakin Prius+ dengan teknologi hibrid sama seperti Prius biasa adalah MPV tujuh tempat duduk paling efisyen bahan bakar dalam pasaran.

Toyota Prius+04

Prius+ akan ditawarkan kepada pasaran Eropah pada separuh pertama 2012.

-Mak/d Uia-

Muhammad

4 Comments

Kata Anda//