Toyota Prius Generation X, SE Brader!

Toyota Prius Generation X.03

Entri ini disimpan sebagai draf sejak dua tiga hari lepas sebab saya sangat sibuk hendak menulis dan secara kebetulan UMW Toyota mengumumkan harga terbaru Toyota Prius semalam. Walaupun entri ini diperap lama tetapi nampaknya kini kena pada masa. Kepada yang berhajat nak beli Prius tetapi tergendala sebab harga, kini ianya disemak semula iaitu RM139,900 berbanding RM175,000 sebelum ini, bukan sikit duit, RM35,000 beza dari harga asal. Dengan ini kita boleh agak yang bukan sahaja pemilik Mitsubishi Lancer tak puas hati tetapi begitu juga pemilik Prius, kalau Proton Inspira kita dah boleh agak sebab beritanya dah berbulan keluar tetapi kereta hibrid ini siapa yang tahu, tup-tup saja kerajaan potong cukai. Tidak lama lagi mungkin kita dapat tahu harga Honda Civic Hybrid pula. Bila harga dah murah barulah boleh minta rakyat utamakan teknologi hijau.

Toyota Prius Generation X.05

Berbalik kepada entri ini, satu perkara yang buat muda-mudi tak berapa nak into dengan hibrid ialah desain yang tak kena dengan selera. Jadi apa yang Honda buat dengan CRZ saya rasa betul, jadikan hibrid sebagai fesyen dan trend untuk menarik orang muda kepada teknologi hijau. Macam penyanyi Maher Zain, stailnya moden berbeza dengan sesetangah artis nasyid lain [maaf cakap] yang masih tak jumpa lagi dengan hala tuju pakaian mereka. Jadi apabila nak menarik orang muda kita mestilah betul-betul faham selera sasaran audiens dan bila orang dah minat baru senang nak pengaruh, tengok saja sekarang ini di mana-mana orang melayan lagu Maher Zain. Modalnya lagu yang sedap dan stail yang betul.

Toyota Prius Generation X.04

Bagi menyambut ulangtahun kesepuluh, Toyota memperkenalkan edisi istimewa Prius Generation X dan apa yang membezakan model ini dengan standard ialah luaran dengan kit badan pada bahagian depan, belakang dan sisi. Roda aloi juga ditukar kepada saiz 17 inci dan cermin privasi yang memang gelap habis kalau tengok dari luar tetapi cerah kalau lihat dari dalam kereta.

Interior kereta juga mengikut tema gelap dengan kerusi kulit berkualiti dengan logo cetak timbul ulangtahun kesepuluh. Spesifikasi lain ialah navigasi satelit HDD, monitor undur belakang, Bluetooth, Intelligent Park Assist, pengawal luncur [cruise control], smart entry dan start, pengilap cermin sensor auto dan head-up display.

Toyota Prius Generation X.02

Oleh kerana Prius Gen X ini model SE maka jumlah unitnya haruslah juga eksklusif, hanya seribu unit akan dijual dengan dua opsyen warna iaitu putih mutiara atau Astral Black. Harga bermula daripada GBP26,150 kira-kira RM129,500. Masih murah berbanding dalam negara sebabnya kita masih ada cukai jualan.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Muhammad

9 Comments

  1. terbaik bro…gua suke….kalo limited edition kaler ijau caya gak…same cam belalang kontot gua…hahahhaha…kete_itam suke la tu ade kaler hitam…

Kata Anda//