Toyota kembali ke arena perlumbaan – Anjur Toyota Vios Challenge

Toyota Vios Challenge

Beberapa dekad sebelum ini, Toyota pernah terlibat secara serius dalam arena perlumbaan tempatan dan berjaya melahirkan beberapa jagoan pelumba yang hebat. Kini Toyota bakal kembali dengan menganjurkan Toyota Vios Challenge yang bakal berlangsung semasa Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing di empat lokasi terpilih seluruh negara.

Seperti sesuatu yang mustahil dan asing didengar bukan?

Tidak kerana ini bukanlah perancangan kosong. Perlumbaan Toyota Vios Challenge (TVC) bakal menghimpunkan 30 pelumba yang akan memandu kereta yang sama spesifikasinya. Lebih mengujakan, TVC akan dibawa terus kepada penonton iaitu melalui empat litar jalan raya yang direka khas di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor.

Pusingan pertama bakal berlangsung pada bulan Ogos dan akan tamat pada suku pertama 2018.

Bagi menarik lebih perhatian, UMW Toyota turut menjemput lapan orang selebriti ternama seperti Fattah Amin dan Shukri Yahaya untuk sama-sama berlumba dalam TVC.

Bercakap pelancaran Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR), Presiden UMW Toyota Motor, En. Ravindran Kurusamy berkata, “Karakter sporty dan menyeronokkan pada Vios jarang diserlahkan, sempena kempen All About the Drive yang dijalankan, kami percaya Toyota Vios Challenge akan dapat membantu kami mempamerkan sisi berkenaan dengan barisan pemandu muda yang dinamik dalam perlumbaan ini nanti.”

Toyota Vios Challenge

Timbalan Pengerusi UMW Toyota, En. Akio Takeyama pula menambah.”Sukan perlumbaan sudah menjadi sangat sinonim dan merupakan sebahagian daripada DNA Toyota. Kejayaan kami dalam beberapa bidang perlumbaan mencerminkan kesungguhan kami untuk membangunkan produk dan teknologi yang yang lebih baik untuk pelanggan di masa hadapan.”

Kepada yang berminat, di bawah ialah informasi mengenai Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing dan Toyota Vios Challenge.

Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing:

  • Format perlumbaan jalan raya
  • Empat pusingan di lokasi terpilih; Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor
  • Bermula pada bulan Ogos 2017, tamat pada suku pertama 2018
  • Diselia dan diiktiraf AAM
  • Ditaja oleh Toyo Tyres, Denso Malaysia, TRD Japan, Enkei Malaysia, Moty’s Hyper Lubricant Technology, minuman tenaga Drive M7.

Toyota Vios Challenge

  • Varian Vios J 1.5 manual
  • LSD TRD
  • Suspensi boleh laras TRD
  • Bar penstabil TRD
  • Pelapik brek TRD
  • Sistem ekzos lengkap TRD
  • Rangka keselamatan TRD
  • Tayar Toyo T1R
  • Kursus perlumbaan pada bulan Mei
  • Kereta disediakan oleh Wing Hin Motorsports
  • Harga pakej RM90,000

Galeri gambar pelancaran Toyota Vios Challenge:

Toyota Vios Challenge

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.