Toyota iQ: Jimat dan Percuma Caj Kesesakan

Toyota iQ.01

Bila bercakap mengenai kereta luar negara ada yang akan kata harga di sana lebih mampu dibeli berbanding di dalam negara. Iya, kalau dikira gaji GBP2 ribu dan harga kereta baru GBP10 ribu memang murah dan mampu dibeli. Tetapi kita harus ingat yang nilai matawang mereka besar, GBP2 ribu dah bersamaan kira-kira RM10 ribu. Jadi tidak hairanlah kalau harga kereta mereka hanya beberapa ribu pound. Bagaimana nilai matawang boleh besar? Sebab ekonomi mereka kuat dan asasnya kukuh. Lagi pula dah lama sesetengah negara barat meraih hasil dari negara timur.

Satu hal yang mungkin ramai kurang beri perhatian ialah perbezaan antara kos membeli dan kos penyelenggaraan sebabnya hendak membeli kereta agak mudah tambahan pula dengan pelbagai rebat pastinya pembeli kelabu mata. Masalah akan timbul bila kereta rosak atau cukai jalan dan insurans tamat tempoh. Paling haru bila tengok kereta mahal tetapi tayar botak. Tidak mampu selenggara. Senang cerita kereta murah tetapi kos menjaganya mahal. Tidak ada faedah melainkan dapat sembang kencang.

Untuk info sekutu, di London pemandu perlu bayar caj kesesakan [congestion charge] kecuali kereta yang mesra alam dan sebagai contoh Toyota iQ.  Model comel Toyota ini diberi pengecualian caj sebab undang-undang punya had mestilah emisi 100g/km CO2 atau kurang dan memenuhi standard Euro 5 untuk kualiti udara. Dengan enjin 1.0 Toyota Optimal Drive Euro 5 manual pengeluaran emisinya betul-betul 99g/km CO2, memang atas sempadan.

Kita hendak merasa kereta macam ini memang payah sebab tidak ada ura-ura lagi untuk dibawa masuk ke sini. Kalau yang ada AP mungkin boleh. Baru rare. Harga iQ bermula dari GBP 10,158.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

7 comments

Skip to comment form

  1. suruh la perodua bawak masuk kete nih……

    • belalang_kontot on 27/10/2010 at 3:55 PM
    • Reply

    gua sokong kete _itam!

    • kete_hitam on 27/10/2010 at 5:46 PM
    • Reply

    Rabadge, Perodua iBK (belalang kontot)…..

    • 5ruz on 27/10/2010 at 9:00 PM
    • Reply

    volkswagen Das Auto…..

    • basikal on 28/10/2010 at 1:54 PM
    • Reply

    nih kalo ada kat mesia…beli untuk minik gua pon manis juga……..

    • belalang_kontot on 28/10/2010 at 5:24 PM
    • Reply

    yeah!!!pastu gua popular…tq kete_hitam….pastu kaler sume kena ijau….mesra alam merangkap same kaler ngan belalang kontot gua…

    • pelug on 29/10/2010 at 7:07 AM
    • Reply

    charge parking keta kat london pon dah 5 pound….gua tengok semalam kat national geographic…

Leave a Reply to basikalCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.