Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edition dilancarkan – RM126,000!

Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edition

Kepada mereka yang mahukan sebuah pikap Toyota Hilux yang berbeza dari ribuan Hilux yang lain, pengenalan baharu oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) ini mungkin jawapannya. Bermula 17 Februari, Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edition sudah boleh dilihat di bilik pameran UMWT di seluruh negara.

Toyota Hilux 2.4G AT Limited baharu dilengkapi pelbagai aksesori rasmi Toyota dan ia boleh dimiliki pada harga RM126,000.

Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edition

Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edition dilengkapi aksesori baharu seperti berikut.

  • Gril radiator berwarna hitam
  • Bumper guard
  • Pelindung lampu utama
  • Pelindung lampu kabus warna hitam kilat
  • Garnish bonet warna kelabu gelap
  • Pelindung cermin sisi hitam yang mengikut tema LE
  • Tiang C dengan kesan gentian kaca
  • Pelindung lampu belakang dengan kemasan kelabu gelap
  • ‘Racing stripe’ pada bonet enjin dan ‘tailgate’ belakang
  • Pelekat grafik pada kedua-dua belah sisi pintu
  • Bumbung dengan pelekat hitam penuh
  • Rel bumbung
  • ‘Over fender’ pada keempat-empat arka roda untuk visual yang lebih rugged dan perlindungan dari batu

Kesemua kelengkapan itu dipasang di Pusat Aksesori Toyota yang turut didatangkan dengan waranti pengilangan.

Nadi kuasa Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edition masih sama iaitu 2GD-FTV dengan transmisi automatik enam kelajuan. Walaupun lebih kecil berbanding enjin 2.5 sebelum ini, ia 47% lebih berkuasa iaitu 150 ps pada 3,400 rpm dengan tork 400 Nm di antara 1,600 rpm dan 2,000 rpm. Kuasa itu 54% lebih tinggi berbanding enjin lama.

Toyota Hilux merupakan model popular Toyota dengan jumlah jualan sebanyak 200,000 unit sejak pelancarannya pada 2005. Toyota Hilux baharu juga laris dengan jualan sebanyak 18,000 unit di seluruh negara sejak dilancarkan pada Mei 2016.

Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edition didatangkan bersama waranti 5 tahun/150,000 km yang dahulu. Turut diperkenalkan ialah Toyota Hilux 2.4G STD (manual dan automatik) pada harga yang lebih rendah iaitu RM108,500.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.