Toyota FT-86 = Celica, MR2, Supra, AE86

352160_59981toy-a-T_7211

Semakin banyak masa berlalu semakin lupa kita tentang warisan, ini bukan mengenai rasis atau sewaktu dengannya tetapi mengenai tujuan asal sesuatu perkara. Sebagai contoh, GT pada awalnya hanyalah blog yang cuba untuk lari dari kelaziman. GT muncul di celah blog lain berbahasa Inggeris yang mewujudkan ruang vakum untuk blog dengan medium bahasa kebangsaan wujud. Industri automotif lokal walaupun dengan berguni kutukan negatif tetap bergerak ke hadapan dan dari duduk sahaja memberi komen itu dan ini, kami mengambil keputusan untuk bersama melengkapi industri tersebut memberi input kepada pembaca dari sudut lain yang mungkin tidak boleh ditulis dengan ‘jujur’ di media lain.

Toyota FT-86

GT kini mungkin terarah kepada komersil tetapi itu adalah yang kami percaya jalan ke hadapan. Tetapi sekali-sekala kami akan patah ke belakang mempersembahkan entri yang ‘seronok’. Begitu juga lah dengan Toyota, kalau syarikat tersebut masih kekal dengan warisan seperti mengeluarkan kereta mengikut falsafah AE86 sahaja, pastinya syarikat tersebut dah lama gulung tikar. Dalam sejarah automotif sedekad, berapa banyak sahaja syarikat yang kekal hingga kini.

59981toy-

Untuk memberi mesej kepada umum bahawa mereka masih kekal dengan warisan dan menjual produk untuk setiap pasaran pembeli, Toyota memperkenalkan FT-86 Sports Concept yang mengambil semangat AE-86. Bukan itu sahaja, FT-86 juga dipengaruhi oleh Celica, MR2, Supra yang mementingkan keseronokan pemandu dan bukan keseronokan penumpang.

352170_59981toy-d-T_7210

Dalam membangunkan FT-86 Sports Concept, Toyota merujuk kepada asas dan keseronokan pemanduan AE-86. Pada era nya, AE86 adalah kereta wajib untuk rali dan trek, dengan enjin di depan dan pacuan belakang [FR], saiz kompak, ringan dan nisbah kuasa enjin yang tinggi. Dan selepas 20 tahun, AE86 masih lagi glamor dikalangan drifter dan tim perlumbaan.

352178_59981toy-h-T_7214352176_59981toy-g-T_7213

FT-86 bakal menggunakan enjin 2.0 liter dengan kotak gear manual 6 kelajuan, chasis ringan dan titik tengah graviti rendah. Masih mengekalkan konfigurasi FR, gabungan ciri-ciri tersebut menjanjikan pemanduan bertenaga dengan keseronokan maksimum.

352171_59981toy-e-T_7207

Luaran kereta ini direka di ED2, studio Toyota di Eropah dengan konsep “Functional Beauty” yang bermakna bukan sahaja cantik tapi praktikal. Ianya rendah dan aerodinamik dan direka sekompak mungkin. Perkakasan dalamannya mesra pemandu dengan ciri-ciri ergonomik dan penggunaan bahan ringan bagi mengimbangkan pengagihan berat dan nisbah berat dan kuasa.

352174_59981toy-c-T_7209

Dan untuk pengetahuan sekutu FT itu merujuk kepada Future Toyota, bermakna AE86 masa hadapan. FT 86.

Sumber: Newspress/Toyota

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

17 comments

Skip to comment form

    • carragher27 on 16/03/2010 at 8:05 AM
    • Reply

    boleh tahan laku ni kalau di produksi massa kan nanti..

  1. gua suka poster ada gambar celica, supra hape sumer tu.. ada resolusi yang lebih besar?

  2. best arr … model FT ni Toyota combine ngan Subaru kan ?

  3. dave..

    yup…joint venture ngan Subaru. FYI Toyota memang ada saham dalam Subaru selain FHI (Fuji Heavy Industries)

    pernah tengok Subaru Justy terbaru? Mirip dengan Daihatsu Boon. Toyota Passo/Perodua Myvi…

    sure ada ‘hamba Allah’ tu kata kereta ni duplicate kang…

    • on 16/03/2010 at 9:28 AM
    • Reply

    Kompom rege akan lebih kurang dgn GTR takpun EVO X…huhu…Mengidam nih…

    • pendita_gila on 16/03/2010 at 12:28 PM
    • Reply

    ni dipanggil taktik pemasaran…

    • Joule on 16/03/2010 at 12:53 PM
    • Reply

    Ikut spec patut bleh jual dlm harga RX8 ke Evo X gtu..

    Memang cantik..

    • trueno on 16/03/2010 at 1:58 PM
    • Reply

    bila nak masuk malaysia,….
    boleh bt driff ker?

    • pak mat tempe on 16/03/2010 at 3:27 PM
    • Reply

    best best best

    • mesin tebu on 16/03/2010 at 3:46 PM
    • Reply

    pernah terbaca dalam satu majalah yang ft-86 ni menggunakan enjin boxer, macam impreza… enjin boxer leh tarik depan ke?

    • Han on 16/03/2010 at 4:10 PM
    • Reply

    dah terang2 tulis keta ni FR
    kompem la buleh derif..

    • pok mat on 16/03/2010 at 10:11 PM
    • Reply

    smart…..

  4. mesin tebu

    Enjin boxer dalam Impreza tu sebenarnya menegak, sama mcm layout kereta FR. Sukar nak dinyatakan disini tentang model Impreza FF sebab penjelasan teknikalnya amat sukar dalam perkataan dan lebih mudah dalam bentuk visual.

    Kalau pernah tgk D1GP, dah ada Impreza buat main drift. Tu belum Evo 9 dan Evo X, sampai sanggup orang jepun ni ‘tegakkan’ enjin kereta tu semata2 nak jadi mesin drift. tak caya boleh tengok pautan dibawah:

    http://www.teamorange-drift.com

    • satria_standard on 17/03/2010 at 1:27 AM
    • Reply

    klu btol2 kluar..brape la harge kte ni

    • avtomat kalashnikov on 17/03/2010 at 11:17 AM
    • Reply

    kete ade soul. i like.

    • cg din on 06/05/2010 at 11:25 PM
    • Reply

    ft 86 enjin boxer dari subaru, tapi ditala semule oleh toyota dengan hp yg sedikit kurang coz nak kurangkan emission.. kod enjin 4-ds..

    • cg din on 06/05/2010 at 11:26 PM
    • Reply

    d-4s

Leave a Reply to mesin tebuCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.