Toyota Fortuner Terima Status EEV – Kini RM16K Lebih Murah

toyota-fortuner-2017-12

Foto: Toyota Malaysia

Berkuatkuasa serta-merta, harga Toyota Fortuner 2017 diturunkan sehingga RM 16,000.00 (bergantung kepada varian) susulan pengiktirafan SUV 4X4 tersebut sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) oleh kerajaan. EEV adalah sebahagian dari program Polisi Automotif Kebangsaan (NAP).

“Kami berterima kasih kepada kerajaan Malaysia di atas pengiktirafan Toyota Fortuner sebagai EEV. Sejak pengumuman NAP pada Januari 2014, UMW Toyota telah berkerja keras untuk menyokong usaha tersebut dan pemasangan kenderaan EEV adalah lambang komitmen kami. UMWT Motor berkerjasama rapat dengan Toyota Motor Corporation untuk mengenal pasti model akan datang yang boleh dipasang di dalam negara dan memenuhi kriteria EEV,” kata Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor.

Berikut ialah harga Toyota Fortuner 2017 pasca EEV (Harga di atas jalan untuk semenanjung Malaysia).

Toyota Fortuner 2.7 SRZ 4×4 RM 183,800
Toyota Fortuner 2.4 VRZ 4×4 RM 175,400

Bagaimana Toyota Fortuner Memenuhi Status EEV

Toyota Fortuner adalah kenderaan SUV 4X4 pertama yang layak menerima status EEV dan kini merupakan kenderaan paling mampu milik dalam kelasnya. Ia merupakan model keempat Toyota yang di pasang dalam negara menerima status EEV selain dari Camry, Vios dan Innova yang baru dilancarkan.

Encik Ravindran Kurusamy, Presiden UMW Toyota Motor berkata, “Selain memenuhi kriteria dalam penggunaan minyak yang cekap, status EEV juga memerlukan pelbagai faktor lain seperti jumlah pelaburan, pemindahan teknologi, lokalisasi komponen dan sumbangan ekonomi kepada negara.”

Khusus untuk status EEV, enjin Fortuner 2.7 petrol dan 2.4 diesel turbo telah ditala supaya penggunaan minyak lebih cekap seterusnya membolehkan pemilik pergi lebih jauh dengan tangki 80 liter.

Transmisi 6 kelajuan automatik kawalan elektronik pula membolehkan pemilihan gear dibuat secara optimum untuk penjimatan minyak.

BACA: Toyota C-HR: SUV Kompak Dengan Rekabentuk Coupé

BACA: TOYOTA INNOVA BAHARU DILANCARKAN – RM109K Hingga RM126K

toyota-fortuner-2017-13

Foto: Toyota Malaysia

Keselamatan dan Kelengkapan

Toyota Fortuner menerima skor 5 bintang ASEAN NCAP melalui kekuatan struktur badan dan ciri-ciri keselamatan yang diperbaharui bagi melindungi pemandu dan penumpang kenderaan sebaik mungkin.

SUV 4X4 itu dilancarkan di pasaran tempatan pada Mei 2016 dan model 2017 masih kekal dengan spesifikasi sama. Model paling premium dilengkapi lampu utama Bi-LED, pintu but belakang berkuasa, 7 beg udara, VSC dan transmisi enam kelajuan berturutan (sequential) dengan paddle shifter.

Fortuner menggunakan bingkai kerangka diperkukuhkan bagi mengekalkan ciri ketahanannya yang terkenal atau QDR (Quality, Durability dan Reliability) dan pada masa yang sama tahap keselesaan jauh lebih baik yang tidak hanya melalui talaan semula suspensi malah tambahan tebatan bunyi untuk kabin yang lebih senyap.

Toyota Fortuner turut menerima anugerah SUV/Crossover Terbaik pada acara Anugerah Car Sifu Pilihan Editor tahun 2016.

Seperti model Toyota lain yang dijual oleh UMWT, Fortuner didatangkan dengan waranti 5 tahun penuh dan menariknya tanpa had batuan.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.