Proton Saga 2016 – Video 12 Saat Ini Mengandungi 6 Pilihan Warna Saga

Proton Saga 2016 sudah pun dilancarkan. Rekabentuk model baharu ini mempunyai pengaruh Proton Saga generasi pertama yang diserlahkan melalui pilihan warna Topaz Blue. Video 12 saat ini memaparkan 6 pilihan warna Proton Saga 2016. Tekan fungsi HD untuk imej yang lebih jelas.

6 Pilihan Warna Proton Saga 2016

+Fire Red
+Cotton White
+Topaz Blue
+Sterling Silver
+Midnight Black
+Metal Grey

Harga Proton Saga 2016 bermula dari RM36,800 hingga RM45,800 di Semenanjung Malaysia.

Proton Saga 2016 – Video 15 Saat Ini Menampakkan Imej Proton Saga!

Proton Saga 2016 bakal dilancarkan pada Rabu ini (28 September 2016) dan Proton sudah pun mula mengedarkan beberapa foto rasmi. Sebelum itu pihak media telah diberi kesempatan untuk memandu uji model paling penting dan ikonik tersebut dan laporannya sudah diterbitkan seperti pautan ini (terima kasih Mekanika.com.my!).

Terkini dan lebih hangat apabila Proton telah memuat naik video teaser Proton Saga 2016 sedang beraksi keluar dari garaj seterusnya menampakkan model itu. Jelas kelihatan rekabentuk yang segar dan pada masa yang sama mengekalkan imej kereta rakyat yang praktikal.

Berikut ialah screenshot yang diperolehi dari video teaser Proton Saga 2016.

proton-saga-2016-video-2proton-saga-2016-video-1

Bilakah Lampu Kabus Belakang Perlu Dinyalakan? Tonton Video Toyota Vios Ini.

 

Jika diperhatikan trend kenderaan sekarang ini, terdapat pemilik yang memasang lampu kabus pada bampar belakang. Mungkin berniat mulia supaya kenderaan jelas dilihat dan pemandu di belakang berhati-hati terutama sekali untuk mengelak dari pelanggaran. Tambah pula pemandu yang leka dengan platform media sosial. Harus tahu, lampu kabus belakang kini sudah menjadi keperluan asas di kebanyakan negara dan bakal menjadi peralatan wajib pada semua kenderaan baharu di negara kita.

Walau bagaimanapun, peralatan yang bermanfaat ini boleh mengundang gangguan visual apabila dinyalakan pada situasi yang salah seperti di dalam cuaca yang elok dan tanpa keperluan munasabah. Nyalaan yang tidak kena masa tersebut akan membuat pemandu di belakang silau dan menganggu konsentrasi.

Menyedari trend penyalahgunaan lampu dan untuk mendidik pemandu, UMW Toyota telah melancarkan video ini yang menerangkan bilakah waktu yang sesuai untuk lampu kabus belakang dihidupkan. Video berdurasi 53 saat itu menggunakan Toyota Vios sebagai ‘watak’ utama dan usaha UMW menerbitkan video ini layak dipuji.

VIDEO: Proton Persona Baharu Dirakam di AKLEH

Proton Persona tanpa sebarang penyamaran di rakam di lebuh raya AKLEH.

Kelmarin riuh di internet mengenai beberapa set foto Proton Persona yang dirakamkan di Kuala Lumpur.

Video ini baru dimuatnaik sebentar tadi oleh blog automotif unggul, funtasticko.net

Walaupun visual kurang jelas namun ianya memberi gambaran sisi model yang katanya bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Video: Teknologi Parkir Tanpa Pemandu Volvo

Volvo yang terkenal sebagai peneraju teknologi keselamatan kereta kini melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan teknologi parkir tanpa pemandu (autonomous). Teknologi tersebut menggunakan sensor bagi mengesan petak parkir yang kosong kemudian mengemudi kereta secara automatik ke dalam petak parkir. Menariknya kemudahan tersebut diaktifkan melalui telefon pintar.

Teknologi itu masih lagi di peringkat penyelidikan dan paling awal akan dipasarkan ialah pada penghujung tahun 2014. Beberapa teknologi stereng autonomous akan digunakan pada model XC90 baharu.

Antara teknologi yang sudah boleh dinikmati melalui model semasa ialah Adaptive Cruise Control yang mengikut kelajuan kenderaan hadapan secara automatik, Collsion Warning yang memberi amaran jika terdapat ancaman kemalangan secara berdepan dan City Safety yang mampu membrek secara automatik semasa kelajuan perlahan.

Volvo Malaysia dijangka melancarkan model V40 baharu di dalam masa terdekat.

@muhd_gt

#turunkanhargakereta

Isu turunkan harga kereta ini sebenarnya sudah lama. Lebih kurang enam tahun lepas, kerajaan Barisan Nasional sudah pun melakukannya buat pertama kali. Jika tidak dimasukkan di dalam manifesto pun, mahu atau tidak adalah menjadi kewajiban sebarang cukai dihapuskan menjelang tahun 2016 bagi mematuhi perjanjian AFTA selepas penangguhan yang diminta oleh kerajaan dengan Asean.

Dasar Automotif Negara juga sebenarnya telah disemak semula dan katanya polisi tersebut lebih bersifat menyeluruh hasil daripada kajian khusus yang dilakukan oleh Institut Automotif Negara (MAI) yang merupakan NGO di bawah pengawasan MITI. Cuma khabarnya pengumuman mengenai semakan tersebut ditangguh dahulu.

Baru-baru ini, Pakatan Rakyat berikrar untuk menurunkan cukai sebanyak 100% dengan nilai 20% setiap tahun hingga tahun kelima. Barisan Nasional pula berjanji untuk menurunkan cukai sebanyak 30% secara beransur-ansur.

Apabila ini berlaku, terdapat kesan positif pada rakyat iaitu akhirnya kita dapat membayar kereta pada harga dunia. Kesan negatifnya pula, nilai harga kereta sedia ada akan hangus sehinggalah jumlah pinjaman diselesaikan. Contoh mudah ialah nilai jualan semula lebih rendah dari baki pinjaman. Selain daripada itu, bisnes kenderaan terpakai pula akan jatuh merudum.

Untuk mengatasi kesan negatif tersebut ada beberapa cara yang dikira praktikal antaranya:

1. Kereta murah, akses payah.

Di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, harga kereta lebih murah namun aksesnya payah. Bank Negara boleh menguatkuasakan polisi pinjaman seperti jumlah pinjaman untuk kereta baharu dikurangkan daripada 90% buat masa sekarang kepada 80% hingga 70% sahaja. Tempoh bayaran pula disingkatkan daripada 9 tahun kepada 7 tahun. Hendak lebih rigid, jumlah pinjaman untuk kereta kedua dan ketiga dikurangkan kepada 70% atau 60%

2. Harga sama, ditambah nilai.

Di dalam pasaran, kereta dipasarkan dengan pelbagai varian daripada basik hingga spesifikasi penuh. Apa yang boleh dibuat ialah, sebagai contoh Proton Preve CFE spesifikasi penuh berharga RM73k ditambah nilai dengan lebih beg udara, kerusi kulit, atau pun waranti selama 10 tahun tanpa penambahan atau pengurangan harga.

Cara di atas dilihat lebih praktikal dan paling penting dapat memelihara kelangsungan industri automotif dan poket rakyat. Apa pun sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, rakyat akhirnya dapat menikmati harga kereta yang lebih murah. Harapnya kos penggunaan kereta juga turut rendah.

@muhd_gt

Video: Melambung Langgar Lampu Isyarat

httpv://youtu.be/1liJz8SGxoc

Cerita banyak tak guna der. Di hari Jumaat ni gua nak ingatkan diri gua dan lu orang semua dan lu orang pulak ingatkan member-member pastu pulak member lu ingatkan member-member lampu kuning maknanya standby mambai nak brek bukan tekan lagi minyak macam nampak lampu drag race. Lepas sahur tunggu sampai Subuh kalau tak gua saspek leh terbabas.

Sekian daripada gua, sampai jumpa lagi. Ekekekekekek.

-Matpon-