‘Penulis GT’ Archive

RV : Wujudkah Di Malaysia?

Caravan /campervan / motorhome / ataupun kita lebih terbiasa dengan panggilan RV (Recreational Vehicle) ini sememangnya sudah pun wujud di benua Eropah semenjak tahun 1810 lagi dengan menggunakan kenderaan berbentuk wagon. Selain digunakan untuk mengangkut barang dan orang, ianya juga turut dijadikan tempat tinggal pada zaman yang mana belum wujudpun lagi hotel mahupun rumah tumpangan. Namun industri [...]

Pandu Uji Nissan Almera Grade E Automatic

Saya pernah bertanya kepada bekas Pengarah Urusan sebuah syarikat automotif mengenai pengeluar manakah yang bakal menjadi ancaman kepada syarikatnya. Jawapannya di luar jangkaan apabila beliau tidak memetik jenama Korea Selatan seperti yang saya anggarkan. Jawapan yang diberikan ialah Nissan dengan alasan pengeluar tersebut boleh ‘mencampak’ harga kereta dengan murah. Benar kata beliau, selang beberapa bulan [...]

ETCM Lancar Stesen Pengecasan EV di BSC

Kuala Lumpur, 8 Mei 2013 – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dan First Energy Networks Sdn Bhd (FEN) telah bekerjasama dengan Bangsar Shopping Centre (BSC) untuk membina stesen pengecasan dengan peralatannya dibekalkan oleh pihak General Electric (GE). Usaha ini dibuat selepas pembinaan dua buah Stesen Pengecasan EV FEN yang pertama di Bukit Bintang, [...]

#turunkanhargakereta: Harga Kereta di Langkawi 2013

Umum mengetahui terdapat perbezaan harga kenderaan di antara tanah besar dan Pulau Langkawi. Memandangkan pulau itu adalah kawasan bebas cukai seterusnya membolehkan penduduk Langkawi menikmati harga yang lebih rendah. Berikut disenaraikan harga (RM) beberapa jenama terpilih untuk varian pertengahan dan transmisi automatik di pulau tersebut: Toyota 1. GT86 = 146,343.32 2. Camry 2.0G  = 105,354.80 [...]

Jawatan Kosong di Proton Holdings Berhad

Ramai yang bercita-cita untuk bekerja dengan Proton dan jika anda berminat dan berkelayakan, Proton kini menawarkan pelbagai jawatan untuk diisi. Informasi lanjut adalah seperti di bawah: 1. Assistant Manager, Security Services 2. Head of Body, Group Technical Procurement 3. Head of Chassis, Group Technical Procurement 4. Senior Executive, Project Management, Logistics Planning & Inventory Control [...]

Volvo R Design: S60, V60 dan XC60

Varian baharu R-Design untuk barisan model Volvo seperti S60, V60 dan XC60 menampilkan rekaan sporty, pemanduan dinamik dan kuasa enjin yang dinaiktaraf kepada 329hp melalui pakej prestasi Polestar. “Model R-Design baharu adalah padanan sempurna untuk mereka yang mahukan prestasi dengan perincian yang sempurna. Melalui model baharu S60, V60 dan XC90 R-Design, kami telah merubah model-model [...]

Penurunan Harga Kereta: Realistik atau Populis?

Seperti yang kita sedia maklum, negara kita sedang menjalani sistem dua parti yang terdiri daripada pemerintah dan pembangkang. Setelah sekian lama pembangkang kucar-kacir dengan agenda yang ingin dibawa akhirnya mereka duduk bersama di dalam sebuah perikatan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Umno dan rakan-rakan awalnya sudah tahu bahawa jika ingin Tanah Melayu merdeka, rakyat pelbagai [...]

Pandu Uji Honda Civic 2.0S: Imej Sporty, Karakter Famili!

Honda Civic mempunyai legasi yang sangat besar, model itu mula diperkenalkan pada tahun 1972 dan telah terjual jutaan unit seluruh dunia. Sewaktu mula dipasarkan di Amerika Syarikat pada tahun 70an, Civic mendapat sambutan hangat kerana pada masa itu negara tersebut mengalami krisis minyak. Di Amerika Syarikat Honda Civic lebih kepada kereta rakyat, untuk kegunaan orang [...]

PERADUAN MEKANIKA MALAYSIA – SHELL LUBRICANTS

Menangi pek minyak pelincir sintetik sepenuhnya Shell Helix Ultra bernilai RM218 pada setiap minggu dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah! Sebagai tanda terima kasih atas sokongan para pembaca terhadap laman web baharu ini (Syuk punya), Mekanika Malaysia akan menganjurkan satu peraduan tidak lama lagi. Mendapat kerjasama daripada pihak Shell Lubricants, anda hanya perlu menjawab soalan-soalan mudah [...]

Nissan X-Trail Wajah Baharu

Kuala Lumpur, 16 April 2013 – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini memperkenalkan model Nissan X-Trail 2.0 yang lebih segar dan sporty. SUV ini menawarkan rakyat Malaysia sebuah kenderaan penumpang yang mewah dan kemampuan menyusuri laluan off-road. Di samping menawarkan praktikaliti, bahagian luaran yang lebih rugged dan ruang dalaman lebih halus. Nissan X-Trail baharu [...]