Category: Berita

Honda Sahkan Kemalangan Terbaru Melibatkan Peledak Beg Udara

Honda pada 30 Januari telah mengesahkan bahawa peledak (inflator) beg udara peringkat satu Takata (SDI) telah pecah dalam satu kemalangan pada 1 Januari 2018. Kemalangan yang berlaku di Selangor itu telah mengorbankan nyawa pemandunya. Walau bagaimanapun, punca rasmi kematian masih belum dapat disahkan. Honda juga ingin menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

Continue reading

Warna Baharu White Orchid Pearl Untuk Kenderaan Honda Segmen B

Honda Malaysia telah memperkenalkan warna baharu White Orchid Pearl bagi menggantikan warna Taffeta White yang digunakan pada kesemua model segmen B mereka. Warna baharu tersebut akan digunakan pada model-model seperti Jazz, City, BR-V dan HR-V bermula dari minggu ketiga bulan Februari depan.

Continue reading

Honda Malaysia Panggil Semula Odyssey dan Accord Untuk Pembaikan

Honda Malaysia mengumumkan ia akan memanggil semula 49,116 unit Odyssey dari tahun 2014 hingga tahun 2017 dan sedan Accord dari tahun 2013 hingga tahun 2016. Panggilan semula itu dibuat bagi menukar semula menukar alat pengesan bateri dan cermin tingkap yang dikatakan gagal berfungsi. Kos penukaran akan ditanggung oleh Honda Malaysia. Alat pengesan bateri Accord (buatan tahun 2013 …

Continue reading

Honda Malaysia Buka Pusat 3S Terbesar Di Malaysia Timur

Selari dengan permintaan yang semakin baik, Honda Malaysia telah membuka Pusat 3S terbesarnya di Malaysia Timur. Pusat 3S yang dioperasikan oleh SYK RW Motor itu adalah pengedar ketujuh Honda di Sarawak. Honda Malaysia mempunyai tiga pengedar di Kuching, satu di Bintulu, dua di Miri dan satu di Sibu.

Continue reading

En. Adrian Salleh – Pemilik Pertama Honda Civic Type R (FK8R) Di Malaysia

Honda Malaysia pada 29 November lalu telah menyerahkan Civic Type-R (FK8R) kepada En. Adrian Salleh yang merupakan pemilik pertama model hebat itu di Malaysia. Majlis penyerahan tersebut diadakan dalam satu satu majlis pusat 3S Honda, Botanic Auto Mall, Bandar Botanic, Klang. En. Adrian Salleh sebenarnya adalah peminat Civic Type R sejak dahulu lagi dan pernah …

Continue reading

Pusat 3S Baharu Honda Kini Di Keningau, Sabah

Honda Malaysia telah membuka pusat 3S (Jualan, Servis dan Alatganti) baharu di Keningau Sabah. Pusat 3S yang dioperasi oleh Vermillion Autohaus itu dapat memberi kemudahan kepada pelanggan Honda di  Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan. Pusat 3S Honda dengan keluasan bangunan hampir 5,000 kaki persegi itu melibatkan pelaburan sebanyak RM2.5 juta dan mempunyai empat ruang servis dengan keupayaan …

Continue reading

Ganjaran Toyota Vios Sempena TGR Racing Festival Hujung Minggu Ini

Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival yang akan berlangsung hujung minggu ini di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) tidak hanya menjanjikan sebuah acara menarik penuh aksi bagi penggemar sukan perlumbaan tetapi turut menjadi sebuah acara yang sangat berbaloi dikunjungi dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi, termasuk sebuah Vios Sports Edition bagi pengunjung yang bertuah. Untuk layak …

Continue reading

Jualan Proton Naik Lagi Pada Bulan Oktober 2017

PROTON mencatatkan lonjakan 13% untuk rekod jualannya pada Oktober 2017 dengan 5,083 unit berbanding 4,498 unit kereta pada September 2017. Prestasi jualan ini menyaksikan kenaikan 6% untuk bulan Januari – Oktober 2017 dengan jumlah keseluruhan jualan sebanyak 61,380 unit berbanding 57,734 unit pada tempoh yang sama tahun lepas. Saga dan Persona, menjadi pilihan utama Saga …

Continue reading