‘Berita’ Archive

Nissan Almera Nismo Performance Package Concept

Sepang, 16 June 2013 – Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini memahat satu lagi pencapaian bersama Nissan Motorsports International Co., Ltd. (Nismo) apabila melakukan prebiu global model Nissan Almera Nismo Performance Package Concept yang dipertontonkan kepada umum pada acara Super GT International Series Malaysia 2013. Menerusi pengenalan Nissan Almera Nismo Performance Package [...]

Kuasa Sebenar Nissan 4×4 Diuji!

Miri, 28 Mei 2013 – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah menganjurkan Nissan Jurassix Park 2013, satu pengembaraan 4×4 mengujakan yang diadakan di Miri, Sarawak, pada 24 – 26 Mei 2013. Acara ini terbuka kepada semua pelanggan Nissan di Malaysia Timur, terutama mereka yang memiliki model 4×4 seperti Nissan Navara, Frontier dan X-Trail. Seramai 78 [...]

PEDA Menggesa Kementerian Pengangkutan Menarik Balik Pengecualian Yang Diberikan Kepada Pengeluar Kereta

Kuala Lumpur, 23 Februari 2013. “Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA) mengalu-alukan usaha kerajaan yang diperuntukkan di bawah MIROS, jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan untuk meningkatkan tahap standard keselamatan kenderaan dan menggalakkan pasaran untuk kenderaan yang lebih selamat di Malaysia di bawah Program Penilaian Kenderaan Baru (New Car Assessment Program-NCAP)”, kata Armin Baniaz Pahamin Presiden, [...]

ETCM Lancar Stesen Pengecasan EV di BSC

Kuala Lumpur, 8 Mei 2013 – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dan First Energy Networks Sdn Bhd (FEN) telah bekerjasama dengan Bangsar Shopping Centre (BSC) untuk membina stesen pengecasan dengan peralatannya dibekalkan oleh pihak General Electric (GE). Usaha ini dibuat selepas pembinaan dua buah Stesen Pengecasan EV FEN yang pertama di Bukit Bintang, [...]

#turunkanhargakereta: Harga Kereta di Langkawi 2013

Umum mengetahui terdapat perbezaan harga kenderaan di antara tanah besar dan Pulau Langkawi. Memandangkan pulau itu adalah kawasan bebas cukai seterusnya membolehkan penduduk Langkawi menikmati harga yang lebih rendah. Berikut disenaraikan harga (RM) beberapa jenama terpilih untuk varian pertengahan dan transmisi automatik di pulau tersebut: Toyota 1. GT86 = 146,343.32 2. Camry 2.0G  = 105,354.80 [...]

Jawatan Kosong di Proton Holdings Berhad

Ramai yang bercita-cita untuk bekerja dengan Proton dan jika anda berminat dan berkelayakan, Proton kini menawarkan pelbagai jawatan untuk diisi. Informasi lanjut adalah seperti di bawah: 1. Assistant Manager, Security Services 2. Head of Body, Group Technical Procurement 3. Head of Chassis, Group Technical Procurement 4. Senior Executive, Project Management, Logistics Planning & Inventory Control [...]

Nissan X-Trail Wajah Baharu

Kuala Lumpur, 16 April 2013 – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini memperkenalkan model Nissan X-Trail 2.0 yang lebih segar dan sporty. SUV ini menawarkan rakyat Malaysia sebuah kenderaan penumpang yang mewah dan kemampuan menyusuri laluan off-road. Di samping menawarkan praktikaliti, bahagian luaran yang lebih rugged dan ruang dalaman lebih halus. Nissan X-Trail baharu [...]

#turunkanhargakereta

Isu turunkan harga kereta ini sebenarnya sudah lama. Lebih kurang enam tahun lepas, kerajaan Barisan Nasional sudah pun melakukannya buat pertama kali. Jika tidak dimasukkan di dalam manifesto pun, mahu atau tidak adalah menjadi kewajiban sebarang cukai dihapuskan menjelang tahun 2016 bagi mematuhi perjanjian AFTA selepas penangguhan yang diminta oleh kerajaan dengan Asean. Dasar Automotif [...]

NISSAN ALMERA TERUS MENGUNGGULI PASARAN

Hanya selepas tiga bulan Nissan ALMERA dilancarkan dengan jayanya, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) kini yakin bahawa sedan global Nissan paling laris itu berada di landasan terbaik untuk menjadi ikon baharu di atas jalan raya Malaysia. Ini berdasarkan kepada tempahan terkini sebanyak lebih dari 15,000 unit sehingga 31 Januari 2013. Nissan ALMERA terus menerima maklum [...]

Proton Satria Neo R3 Dilancar

Proton secara rasminya telah melancarkan Proton Satria Neo R3 semalam. Model yang diasaskan daripada Satria Neo CPS, telah menerima penambahbaikan dengan beberapa aksesori R3 telah dipasang secara eksklusif , meliputi splitter, spoiler, dan tak lupa juga rim R3 yang memang kelihatan tersangatlah kacaknya bilamana dijodohkan dengan tayar 195/50 Continental. Manakala diruangan dalamannya pula telah dipasang tempat [...]