Tiket SUPER GT Sepang Percuma dari Honda!

OrbingAdventure-banner

Untuk peminat sukan ekstrim dan Honda, anda dijemput untuk menyertai pertandingan kembara ke Hulu Langat anjuran Honda Malaysia. Peserta akan disatukan dalam kumpulan bagi mengharungi cabaran dan kumpulan yang menang akan mendapat tiket tempat duduk utama Super GT Sepang yang akan berlangsung pada 20 Jun ini.

Aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar peserta diatur oleh penganjur seperti halangan bertali setinggi 30 kaki dan permainan Olimpik Orb. Untuk pengetahuan sekutu, permainan Orb adalah di mana peserta akan diikat dalam bola besar dan kemudian akan dilancar ke bawah cerun!

Permainan lain adalah memanah dan cabaran ala Fear Factor. Jika berasa segan atau merancang untuk menang, lebih elok jika sekutu bawa sekali kawan-kawan dan masa inilah nak buktikan ketangkasan dan mencabar diri sendiri.

Kepada yang berminat anda perlu mendaftar di facebook.com/HondaRacingMalaysia untuk acara yang akan dianjurkan pada 15 Mei, Sabtu, 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Yuran penyertaan adalah RM120 seorang termasuk makan tengahari dan minuman.

-Mak Uia-

Ps: Kalau ke Sepang saya harap sekutu abaikan gadis litar dan fokus pada perlumbaan dan teknologi perlumbaan. Matpon – masa perlumbaan dia tidur.

Silakan kongsi:

6 comments

Skip to comment form

    • on May 7, 2010 at 8:58 am
    • Reply

    Ni Sepat boleh la sbb dier pkai Honda Jazz MyViTec…Gua MyVi made in Rawang jer…

  1. CZ

    hoi.. hari jumaat pitenah perbuatan tak mulia.. aku ada cadangkan geartinggi.com sponsor satu tiket free utk peminat setia dgn adakan peraduan bagi menarik minat pembaca mempelam.. ehh geartinggi.com lagi.. so sambil buat untung sambil jariah laa maksud aku..ok tak..

    ps- aku da lama tak ke trek..tapi kalau ramai nak turun ke sana kita set laa banner geartingi.com dan gantung kat pintu masuk F1 Sepang hehe promosi tu..

    • pendita_gila on May 7, 2010 at 1:33 pm
    • Reply

    hahaha gua sokong…tapi ujung bulan ni ada mss leh la dtg tgk..tahun ni banyak kategori dieorg wat…

    • azwan nbs on May 8, 2010 at 12:48 am
    • Reply

    mane bole kalo tak nengok gadis litar…

    • on May 8, 2010 at 8:43 am
    • Reply

    Negatif sukan permotoran sebab salah guna perempuan, saya tak nak ada share sama. Dan tak nak promosi benda-benda macam tu. Dosa tak nak tanggung.

  2. betul apa MAk UIA cakap tu.. kalau tak .. penat aje dia belajar kat UIA kalau ilmu tak sampai.. sekian

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.