Tiada Kenaikan Kadar Tol Untuk Tahun 2014!

Tol2

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  mengumumkan kabinet telah bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol pada tahun ini. Keputusan tersebut melegakan ramai pihak namun kerajaan perlu membayar pampasan sebanyak RM400 juta kepada pelbagai pemegang konsesi.

Menurut beliau, terdapat 29 konsesi tol di dalam negara dan kebanyakan yang terlibat di dalam kenaikan kadar tol adalah di kawasan Lembah Klang dan tidak melibatkan lebuh raya PLUS.

Kerajaan juga mengarahkan Kementerian Kerja Raya untuk membuat kajian jangka panjang dan perundingan dengan pemegang konsesi bagi mencari jalan supaya kadar tol tidak dinaikkan. Antara kaedahnya ialah dengan melanjutkan tempoh konsesi.

Semakan semula kadar tol terkandung di dalam perjanjian yang dimeterai kerajaan dengan pemegang konsesi sebagai antara cara pembiayaan projek lebuh raya. Kos pembinaan sesebuah lebuh raya adalah tinggi di mana kerajaan berpendapat lebih baik jika sumber kewangan yang ada digunakan untuk pembangunan teras dan projek pembangunan lain diserahkan kepada pihak swasta untuk tempoh tertentu.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.