Tiada Asas Mengenai Isu Stereng Perodua Axia Terkunci – Perodua

Perodua Axia GearUp 2015.06

Perodua Sales Sdn Bhd memandang serius mengenai dakwaan terdapat stereng terkunci pada Perodua Axia yang terpapar di halaman sosial media baru-baru ini. Perodua ingin memaklumkan kepada semua pelanggan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali dan bersama beberapa agensi berkaitan telah membuat siasatan menyeluruh ke atas dakwaan tersebut.

Perodua kesal dengan tindakan individu-individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakwaan palsu ini yang mana telah menjejaskan jenama Perodua dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mencari mereka yang terlibat.

Perodua juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan yang bersesuaian atas pihak yang bertanggunjawab.

Perodua Axia Advance 2014.16

Perodua memberi jaminan kepada pelanggan bahawa semua kenderaan yang dijual telah melalui prosedur keselamatan yang ketat yang telah ditetapkan oleh Bahagian Kawalan Kualiti kami termasuk agensi berkaitan seperti SIRIM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Perodua sentiasa memastikan ciri- ciri kualiti dan keselamatan diterapkan di setiap produk dan perkhidmatan. Nilai-nilai ini menjadi prinsip asas Perodua dalam memberikan yang terbaik demi kesejahteraan pelanggan dan juga kakitangan.

Perodua sentiasa mengalu-alukan maklum balas daripada pelanggan dan mempunyai pasukan khas untuk menyelesaikan apa-apa isu berkaitan produk mahupun perkhidmatan, jika ada.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.