Team Toyota GB Kembali Berlumba Dengan GT86

Sebuah pasukan yang masyhur di dalam sukan permotoran British akan kembali ke litar perlumbaan pada September ini. Pasukan tersebut ialah Team Toyota GB yang akan bertanding di dalam perlumbaan paling mencabar di UK iaitu Britcar 24 Hours. Paling menarik untuk pasukan yang diberi nafas baharu itu ialah kereta yang akan digunakan iaitu Toyota GT86 yang akan bersaing di dalam kelas Produksi. Rekaan grafik yang digunakan pada GT86 itu mengambil inspirasi daripada AE86 yang bersaing di dalam British Touring Car Champhionship (BTCC) pada pertengahan era 80an.

Kerja-kerja pengubahsuaian GT86 sedang dilakukan di pusat teknikal GPRM di Buckinghamshire, firma yang sama yang mengubahsuai prototaip Toyota Avensis BTCC. Fokus utama pengubahsuaian ialah menjadikan kereta itu sebagai jentera perlumbaan yang kompetitif tetapi pada masa yang sama mengekalkan spesifikasi standard jalanan sebanyak mungkin.

Dua individu GPRM yang bertanggung jawab di dalam projek ini ialah Gary Blackham dan Roger King. Blackham yakin GT86 akan menjadi pesaing yang hebat. Kata Blackham, “Toyota baharu ini mempunyai segala ciri-ciri untuk menjadi kereta lumba yang hebat. Fokus kami ialah untuk meringankan dan menguatkan chasis serta memasang rangka keselamatan, alat keselamatan dan peralatan pengisian minyak pantas. Selain daripada itu, GT86 akan dikekalkan di dalam keadaan standard.

Dikuasakan oleh enjin boxer berkuasa 197bhp, Toyota GT86 adalah gabungan elemen daripada tiga buah model lagenda Toyota iaitu Sports 800, 2000GT dan AE86. Team Toyota GB masyhur pada era 80an dan 90an yang memenangi perlumbaan BTCC dan rali di UK. Penampilan terakhir pasukan ialah pada BTCC 1995 dengan kereta Toyota Carina Es.

Newspress

@muhd_gt

ps: Legend is back.

Muhammad

2 Comments

Kata Anda//