VAUXHALL ADAM: Pesaing Baharu Kereta Bandar!

Baru-baru ini seorang sepupu perempuan bertanya mengenai sebuah kereta. Beliau menuntut di IPT dan sekarang ini sedang menjalani latihan amali di Klang, Selangor. Tidak silap saya, sudah hampir setahun atau lebih beliau meminta komen mengenai kereta yang disenarai pendek dan sehingga kini masih gagal untuk membuat pilihan atau dalam erti kata yang lain masih tidak ada kereta yang benar-benar memikat hati. Namun yang nyata senarai pilihannya ialah kereta kompak atau bahasa komersilnya, city car. Ciri-ciri seperti penggunaan minyak yang efisyen, saiz yang kompak dan harga yang berpatutan adalah penarik utama kereta itu dan tidak hairanlah Perodua Myvi dan Viva begitu laris sekali di dalam pasaran tempatan. Malah kebanyakan pengeluar dunia dari jenama rakyat seperti Volkswagen hinggalah ke jenama mewah seperti Aston Martin mempunyai kereta bandar.

Di dalam entri terdahulu, saya menulis mengenai Skoda, sebuah syarikat Sepanyol yang dimiliki oleh kumpulan VW. Kali ini mengenai Vauxhall pula, sebuah syarikat British dengan ibu pejabat di Luton, United Kingdom (UK). Vauxhall mempunyai sejarah yang lama, usianya sudah jauh melepasi satu abad yang bermula pada tahun 1857sebagai syarikat pengeluar enjin dan pam. Bercakap mengenai globalisasi, syarikat British itu sebenarnya adalah subsidiari General Motors (GM) dari Amerika Syarikat sejak tahun 1925 lagi. Dengan sejarah yang panjang, Vauxhall pernah terlibat di dalam industri perang dengan mengeluarkan kereta kebal.

Klik untuk bacaan seterusnya

Vauxhall Corsa: Macam Biasa Tengok?

Vauxhall Corsa.07

Dalam persaingan perniagaan ayat yang biasa kedengaran ialah kalau kita tidak boleh lawan pesaing, samakan atau ikut mereka [match or follow them] dan sebab itu banyak rupa kereta menyerupai satu sama lain. Perhatikan kereta kebangsaan kita, pada suatu masa saya tidak boleh menerima langsung rupa baru Proton Persona dan Saga, terlalu hendak menjadi VW, begitu juga dengan Perodua Myvi, rupa generasi pertama mengambil bayangan Honda Jazz manakala generasi kedua pula seakan Suzuki Swift. Tapi apa boleh buat, ini adalah trend semasa dan tidak banyak yang boleh dilakukan pembeli selain menerima bulat-bulat. Itu belum lagi cerita mengenai kereta buatan China.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Vauxhall Corsa Hitam & Putih

Vauxhall Corsa Black & White

Hari ini Proton mula jual Gen.2 baru, rim gelap dan bumbung hitam. Rasanya sekarang ini memang dah jadi trend kereta buat bumbung hitam. Kalau kena gaya memang lawa tapi kalau tak kena gaya memang panas kalau matahari tengah membahang. Tapi kalau bumbung hitam boleh tahan lagi, kalau bumbung kanvas soft top tu memang gagal terus, ada air cond pun macam tak ada je. Tak ada air cond tak apa janji cool.

Klik untuk bacaan seterusnya >>