Posts Tagged ‘Toyota’

Toyota Prius: 10 Tahun Dalam Pasaran

Walaupun kami di GT tidak berapa gemar dan berat sebelah apabila menulis pasal Toyota tetapi hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah pembuat kereta ini satu-satunya wakil dari Asia yang boleh mengalahkan pembuat barat. Seperti juga kereta buatan China, walaupun kualitinya tidak sempurna tetapi China tidak bersekutu rapat dengan Amerika dan mempunyai hubungan mesra dengan negara [...]

Bajet 2011: Industri Automotif

Saya boleh jamin ramai dari kita menonton PM mengumumkan Bajet 2011, menunggu apa yang menarik, yang kerja swasta nak tahu pengurangan cukai, yang kerja kerajaan menunggu bonus dan rakyat secara amnya menunggu langkah pengurangan beban mereka. Untuk kita yang kaki kereta pastinya nak tahu perancangan kerajaan dalam bidang ini, oleh itu di bawah adalah ringkasan [...]

Toyota Avensis NGTC

Walaupun ramai orang kata kereta Toyota tak ada jiwa tetapi bila masuk bab perlumbaan dia orang hebat juga. Contoh paling dekat ialah Lexus SC430 yang digunakan dalam SuperGT dan paling tak menahan Lexus LFA dan kita jangan lupa enjin Lotus datangnya juga dari Toyota. Dalam entri ini pula ialah Toyota Avensis Next Generation Touring Car [...]

Toyota Prius Laku Dua Juta Unit!

Toyota menyambut satu lagi batuan untuk Prius dengan jualan global sudah melebihi dua juta unit semenjak model ini dilancarkan pada 1997. Merentasi tiga generasi, dianggarkan 2,012,000 unit terjual di lebih 70 negara dan wilayah sehingga September tahun ini. Berdasarkan jumlah tersebut, Toyota punya kiraan ialah sebanyak 11 juta tan emisi Co2 dijimatkan berbanding kereta enjin [...]

Lotus Bagi Hadiah Pada Bos Toyota

Lotus meraikan kerjasama yang berjaya dengan Toyota pada majlis sambutan di Kedutaan British di Tokyo pada Jumaat lepas. CEO Lotus, Dany Bahar menghadiahkan Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda sebuah Lotus Elise terakhir yang dikuasakan enjin Toyota 2ZZ-GE VVTL-i. Majlis ini menandakan berakhirnya satu era dan permulaan satu hubungan yang lebih kuat antara dua syarikat.

Toyota Prius: 200k Di Eropah!

Sesuai dengan mood harga minyak naik dan penjimatan minyak sekarang ini dan secara kebetulan pula Toyota mengumumkan penjualan Prius mereka sebanyak 200 ribu unit sejak dilancarkan 10 tahun lepas. Prius pertama kali diperkenalkan di pasaran Eropah pada tahun 2000 [1997 di Jepun] dan sehingga tahun 2008 sebanyak 100 ribu unit terjual. Dan menakjubkan dalam masa [...]

Naruse-san Dalam Kenangan.

Di sebalik sesebuah kereta hebat adalah kumpulan perekanya. Dan satu hal mengenai Toyota ialah kita selalu mengutuk yang syarikat ini sudah hilang sentuhan, mengeluarkan kereta ‘jalan selamat’ dan membosankan, melupakan hero zaman lampau mereka seperti Hachiroku, Celica, Supra dan lain-lain. Untuk pengetahuan sekutu, di belakang kereta-kereta hebat Toyota ialah Hiromu Naruse. Ketua Pemandu Uji Toyota. [...]

Toyota Aygo Black

Toyota Aygo tidak dipasarkan di dalam negara, untuk mereka yang mahukan kereta kompak dari Toyota, Yaris adalah jawapannya. Yaris pada saya lebih lawa berbanding Vios dan kereta yang ada potensi untuk laku macam produk Toyota lain. Tapi itu yang saya fikir, UMW Toyota ada fikiran dan kajian pasaran mereka tersendiri dan saya fikir sebab itu [...]

Toyota FT-86 = Celica, MR2, Supra, AE86

Semakin banyak masa berlalu semakin lupa kita tentang warisan, ini bukan mengenai rasis atau sewaktu dengannya tetapi mengenai tujuan asal sesuatu perkara. Sebagai contoh, GT pada awalnya hanyalah blog yang cuba untuk lari dari kelaziman. GT muncul di celah blog lain berbahasa Inggeris yang mewujudkan ruang vakum untuk blog dengan medium bahasa kebangsaan wujud. Industri [...]

Carmony.co.uk: Toyota tak Jatuh pun!

Lu orang mesti perasan skru GT kecuali Amid semua tak berapa into dengan Toyota. Apa kes gua pun tak tau. Tapi gua layan je tapi mana nak sama dengan Bugatti. Lu orang tau kan kereta Toyota berjuta kena panggil sebab rosak paddle minyak tapi gua nak bagitau jualan Toyota tak ada jatuh pun, makin naik [...]