F1 Melbourne 2011: Red Bull-Renault, McLaren-Merc, Lotus-Renault: 1,2,3!

Lotus Renaul F1 Melbourne 2011.01

Menjelang formula satu musim ini macam-macam yang berlaku dan yang paling menarik ialah perbalahan antara pasukan. Dan lagi menarik apabila Malaysia mempunyai 3 pasukan yang bersaing. Kita ada Mercedes GP Petronas, Lotus Renault GP dan Team Lotus. Semalam telah berlangsung perlumbaan pembukaan tirai dan daripada 3 pasukan Malaysia, sebuah menduduki podium.

Team Lotus F1 Melbourne 2011.01

Juara musim lalu, Sebastian Vettel daripada pasukan Red Bull Renault memulakan musim ini dengan cemerlang apabila menjuarai perlumbaan, beliau mengepalai perlumbaan sebaik lampu hijau dinyalakan hinggalah bendera hitam putih dikibarkan dan disusuli oleh Lewis Hamilton daripada McLaren Mercedes.

Di tempat ketiga pastinya membuatkan kem grup Lotus, pengurusan Proton dan rakyat Rusia gembira apabila Vitaly Petrov berjaya menakluk podium tersebut. Petrov adalah rakyat Rusia yang pertama menduduki podium. Seteru Lotus-Renault iaitu Team Lotus pula hanya mengisi kedudukan belakang dengan Jarno Trulli di tempat ke 15 daripada 16.

Mercedes GP Petronas Melbourne 2011.02

Kedudukan Team Lotus lebih baik daripada Mercedes GP Petronas apabila kedua pemandunya, Nico Rosberg dan Michael Schumacher gagal menamatkan perlumbaan.

Foto: Daimler, Lotus Renault, Team Lotus

-Mak/d Uia-

RS27: Enjin Formula Satu Renault

Renault RS27.03

Renault kini terlibat secara tidak langsung dalam Formula Satu, pembuat kereta dari Perancis hanya membekalkan enjin kepada pasukan iaitu Lotus Renault GP, Red-Bull Racing Renault dan Team Lotus Renault dan ketiga-tiga pasukan baru sahaja melancarkan kereta mereka pada ujian pra musim di Sepanyol.

Renault RS27.02

Menariknya ketiga-tiga pasukan menggunakan enjin yang sama daripada Renault Sport F1, bahagian permotoran yang bertanggungjawab dalam aktiviti F1 Renault. Staf Renault akan ditugaskan bersama-sama setiap pasukan dan untuk Renault, perlumbaan F1 adalah lebih daripada makmal teknologi baharu dan juga menunjukkan kecemerlangan kualiti syarikat.

Renault RS27.01

Dengan enjin sama untuk tiga pasukan berbeza pasukan mana yang lebih hebat dari segi kejuruteraan aerodinamik dan pengurusannya bakal disaksikan musim ini. Bukan setakat perang mulut tetapi siapa yang lebih handal menala kereta.

Sumber: Renault

-Mak/d Uia-