Posts Tagged ‘SuperGT’

SUPERGT: Honda HSV-010GT! Jahatnya!

Inilah dia siaran media paling sempoi sekali saya terima dari Honda. Dia cuma tulis Honda HSV-010 GT ini akan berlumba dalam kelas GT500 Super GT musim 2010. Lepas tu dia bagi spesifikasi sekerat-sekerat. Memang rahsia betul diaorang ni. Matpon pun tak berahsia macam diaorang ni.

Keputusan: SUPERGT [08/09]

SUPERGT pusingan akhir,  8-7/11/09: Twin Ring Motegi. Perlumbaan SUPER GT musim 2009 sudah pun melabuhkan tirainya, musim ini menyaksikan jentera baru iaitu Nissan GTR bertanding manakala Honda NSX pula ditamatkan khidmatnya selepas 13 musim berlumba. Untuk rakyat tempatan, wakil negara yang berlumba dalam kejuaraan ini bertambah satu lagi pasukan iaitu M7 Mutiara Motors Amemiya selain [...]

Keputusan: SuperTaikyu, SUPERGT, WRC [07/09]

Agak lama juga saya tidak menulis mengenai keputusan perlumbaan serata dunia, sememangnya banyak berita menarik dan saya pasti ramai dari anda sudahpun mengetahuinya antaranya Jenson Button yang kini menjadi juara dunia F1. Jika anda peminat Button dan masih berbangga dengan kemenangannya, simpan dahulu perasaan tersebut kerana ada lagi berita yang lebih menggembirakan untuk rakyat Malaysia. [...]