SHELL BAHARUI TAJAAN UTAMA MOTOGP™ MALAYSIA HINGGA 2020

shell-advance-global-brand-manager-vivek-pareek-l-and-ducati-sporting

Shell dan Dorna Sports telah mengumumkan perlanjutan selama empat tahun bagi penajaan utama syarikat tenaga itu dalam Grand Prix Motosikal Shell Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Berita yang dibawakan sebelum pusingan perlumbaan di Kuala Lumpur ini mengesahkan komitmen Shell terhadap sukan bermotor peringkat tinggi dan juga rantau Asia, setelah menjadi penaja utama acara tersebut bagi tujuh daripada lapan musim yang lalu sejak 2009. 

Sempena sambutan ke-125 tahun Shell di Malaysia, SIC dilihat begitu sesuai bagi syarikat tersebut untuk memperkukuhkan hubungannya dengan MotoGP, di mana ia juga mempunyai Kerjasama Teknikal yang baik dengan Ducati Corse.

Hubungannya dengan pengeluar Itali yang berada di barisan hadapan perlumbaan motosikal ini bermula sejak 2003, dan pada tahun lepas, Shell telah mula membekalkan minyak enjin Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus kepada jentera di bawah jenama tersebut. Di samping bahan api perlumbaan Shell V-Power, kedua-duanya dihasilkan dalam dunia permotoran yang penuh cabaran untuk dimanfaatkan oleh pelanggan di seluruh dunia.

the-malaysian-motogp-provides-excellent-exposure-to-shell-brands-such-as

Datuk Iain Lo, Pengerusi Shell Malaysia, berkata: “Tatkala kami menyambut warisan kami di Malaysia yang menjangkau 125 tahun, kerjasama dengan SIC menguatkan lagi komitmen kami bukan sahaja terhadap masa depan sukan ini, tetapi juga terhadap negara dan rantau ini. Harapan kami ialah untuk menjadikan Malaysia lebih daripada tempat untuk acara sukan, tetapi sebagai hab bagi aktiviti permotoran bertaraf dunia. Acara MotoGP Shell Malaysia telah menarik rakyat Malaysia dan menaikkan taraf acara sukan di Malaysia – bagi saya tiada cara lain yang lebih baik untuk memulakan 125 tahun yang akan datang, dan juga yang seterusnya, selain menerusi sumbangan kami ke arah kecemerlangan sukan permotoran di negara ini.”

Pau Serracanta, Pengarah Urusan, Bidang Komersial, Dorna Sports: “Saya gembira kerana Shell kembali sebagai penaja utama GP Malaysia dan melanjutkan tempoh kerjasama kami untuk empat tahun lagi. Hujung minggu MotoGP di Sepang sentiasa merupakan sambutan sukan permotoran jentera dua tayar yang istimewa dan hebat, dan kembalinya sebuah syarikat global seperti Shell sebagai penaja utama adalah suatu yang hebat bagi Shell, MotoGP dan Dorna Sports.”

Tim Ducati Buat Lawatan Mengejut ke Bengkel Motosikal di Jalan Sentul – Program Penghargaan Daripada Shell Advance

the-autograph-signing-session-was-a-hit-with-the-jalan-sentul-crowd

Shell Advance pada 27 Oktober lepas memberikan kejutan dramatik kepada pemilik dan pelanggan bengkel di Jalan Sentul dengan membawakan kehebatan pasukan Ducati dalam lawatan VIP mengejut dari Pengarah Sukan Rakan Teknikalnya itu, Paolo Ciabatti serta penunggang utama pasukan itu Andrea Dovizioso dan Andrea Iannone.    

Sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan mereka, lapan pemilik bengkel bertuah yang telah membantu menjadikan Shell Advance jenama minyak enjin motosikal yang utama di Malaysia dapat merasai pengalaman yang mengujakan itu bersama pelanggan mereka di sepanjang ‘golden mile’ yang popular di kalangan penunggang di Lembah Klang.

Ciabatti, Dovizioso dan Iannone yang ditemani Pengurus Jenama Global Shell Advance Vivek Pareek dan pasukan Shell Lubricants Malaysia, meluangkan masa di setiap satu daripada lapan buah bengkel terpilih untuk berbual dengan pemilik dan juga untuk bergambar. Mereka juga menyerahkan cenderamata sebagai tanda terima kasih kerana menyarankan minyak enjin motosikal premium Shell Advance yang dihasilkan bersama Ducati di lapangan ujian yang ekstrem iaitu MotoGP™ supaya dapat membawa manfaat kepada penunggang di seluruh dunia.

Ciabatti, Dovizioso dan Iannone juga mengambil kesempatan tersebut untuk menyampaikan hadiah kepada tiga mekanik yang mendapat tempat teratas dalam cabaran khas ‘penukaran minyak motor terpantas’ yang dianjurkan sempena lawatan tersebut.

Pengurus Pemasaran Shell Lubricants Alex Lim berkata: “Ia amat mencabar kerana jadual yang ketat tetapi kerana Kerjasama Teknikal yang telah terjalin sekian lama antara Shell Advance dan Ducati Corse, serta rancangan perjalanan yang dibuat khas, lawatan pasukan tersebut ke Jalan Sentul yang sukar untuk dibayangkan itu dapat menjadi kenyataan.”

MotoGP™ Shell Malaysia 2016 yang bakal berlangsung ini akan menjadi sebuah acara yang hebat. Sempena acara premier perlumbaan motosikal antarabangsa di rantau ini, Shell Advance juga akan mengadakan penukaran minyak percuma bagi 500 buah motosikal dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari Sabtu, 29 Oktober dan Ahad, 30 Oktober 2016 di tempat letak kereta P1 di Litar Antarabangsa Sepang.

Penukaran minyak enjin percuma untuk pemilik motosikal di bawah 250 cc yang pertama seumpamanya ini akan diberikan kepada pemenang peraduan Shell Advance baru-baru ini dan juga kepada pemilik yang membeli satu pek minyak enjin Shell Advance pada 29 dan 30 Oktober 2016.

PROMOSI JALANAN PEK EDISI TERHAD SHELL ADVANCE DI SERATA SEMENANJUNG

free-bike-steamwash-with-every-purchase-of-shell-advance-ultra

Shell Advance telah memulakan pertunjukan jalanan di serata Semenanjung Malaysia untuk mempromosikan minyak enjin motosikalnya yang terlaris yang baru diperkenalkan dalam pek edisi terhad yang direka bentuk khas.

Dari 3 Oktober hingga November 2016, trak bergerak Shell Advance akan melawat lebih daripada 100 lokasi di serata Semenanjung Malaysia untuk mempromosikan empat variasi minyak enjin motosikal Shell Advance yang kini dibawakan dalam pek edisi terhad – Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40 (1L) dan 15W-50 (1L), Shell Advance AX7 10W-40 (1L) dan Shell Advance AX5 Scooter 15W-40 (0.8L).

Pertunjukan jalanan ini akan membuat lawatan ke bengkel motosikal terpilih, stesen minyak Shell dan juga tempat-tempat kegemaran penunggang motosikal untuk mempromosikan minyak tersebut. Mereka yang membeli minyak Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus dalam pertunjukan jalanan tersebut akan mendapat cucian stim percuma untuk motosikal mereka. Mereka juga boleh mencuba simulator perlumbaan realiti maya dan berpeluang memutar roda untuk mendapatkan hadiah.

Di samping pertunjukan jalanan ini, anda juga boleh menjadi salah seorang daripada 500 pelanggan bertuah yang akan memenangi dua tiket Grandstand Utama bagi Shell Malaysia MotoGP™ 2016 di Litar Antarabangsa Sepang.

Dari hari ini hingga 15 Oktober 2016, beli mana-mana dari empat variasi Shell Advance atau Shell Advance AX5 15W40 (1L), sama ada pek biasa atau Edisi Terhad semasa pertunjukan jalanan tersebut atau di stesen minyak atau bengkel Shell kegemaran anda. Lengkapkan borang penyertaan dengan menjawab satu soalan mudah, lampirkan resit pembelian Shell Advance dan hantarkan salinan bercetak ke cawangan yang mengambil bahagian. Anda juga boleh menghantar penyertaan beserta gambar resit anda secara atas talian di www.shell.com.my/motogp.

Pek edisi terhad dalam empat reka bentuk baru untuk menarik penunggang motosikal tegar ini diperkenalkan sempena sambutan ke-125 tahun Shell di Malaysia, kepimpinan teknologinya dan kaitannya yang rapat dengan dunia perlumbaan motosikal.

Reka bentuk Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40 dan 15W-50, khususnya, adalah sebagai simbol perkongsian antara Shell dan Ducati di trek perlumbaan selama 18 tahun. Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus yang sintetik sepenuhnya adalah satu-satunya minyak enjin motosikal di pasaran pada hari ini yang menggunakan minyak asas ultra bersih yang dibuat daripada gas semulajadi.

shell-advance-limited-edition-packs-on-sale-at-the-roadshow

Teknologi PurePlus Shell yang dipatenkan merupakan proses revolusinari gas kepada cecair yang mengubah gas semulajadi menjadi minyak asas yang jernih. Minyak asas GTL yang digabungkan dengan Agen Pembersih Aktif yang unik menghasilkan pembersihan yang lebih baik serta perlindungan yang lebih hebat dari kehausan dan hakisan.

Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2016 yang akan datang bakal menyaksikan Shell Malaysia sebagai penaja utama bagi tahun kedua, yang akan memperkukuhkan lagi penglibatan syarikat ini yang sudah sekian lama di barisan hadapan dalam dunia perlumbaan motosikal.

Penajaan utama dalam Grand Prix Motosikal Malaysia adalah amat penting. Ia dapat menjadi pentas global untuk Shell mempamerkan produk-produk inovatif termasuklah Shell Advance Ultra (pelincir) dan Shell V-Power (bahan api). Ia juga menyediakan platform yang ideal untuk berhubung dengan penunggang motosikal di rantau Asia dan seluruh dunia.

SHELL ADVANCE LANCAR MINYAK ENJIN PEK EDISI TERHAD

shell-advance-2016-01

Shell Advance telah mengumumkan pelancaran pek edisi terhad dengan reka bentuk khas untuk empat varian minyak enjin motosikal Shell Advance yang paling laris – Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40 (1L) dan 15W-50 (1L), Shell Advance AX7 10W-40 (1L) dan Shell Advance AX5 Scooter 15W-40 (0.8L).

Dari sekarang hingga 15 Oktober 2016, setiap pembelian mana-mana produk Shell Advance yang tersebut di atas, termasuk Shell Advance AX5 15W40 (1L), sama ada pek biasa atau pek edisi terhad, membolehkan pembeli memenangi dua tiket Grandstand Utama untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2016.

Menurut Wakil Hiliran Kanan Tempatan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain, pelancaran pek edisi terhad Shell Advance, dengan empat reka bentuk baru untuk menguja penunggang motosikal, bertujuan untuk memperlihatkan kepimpinan teknologi Shell dan pembabitannya dalam perlumbaan motosikal dunia.

“Pelancaran siri edisi terhad Shell Advance ini sesungguhnya mengingatkan pengguna kepada inovasi berterusan Shell sebagai pemimpin pasaran memandangkan pada tahun ini kami merayakan ulang tahun ke-125 kami memacu kemajuan negara.  Secara khusus, reka bentuk minyak enjin motosikal utama kami, Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40 dan 15W-50, memberi penghargaan kepada pakatan kami selama 18 tahun dengan Ducati di litar lumba. Pemilik motosikal, tanpa mengira jenis dan model, boleh merasai keseronokan setiap tungggangan kerana setiap botol Shell Advance membawakan teknologi pelincir yang paling canggih di dunia,” katanya.

shell-advance-2016-02

Shell Advance Ultra sintetik penuh dengan Teknologi PurePlus adalah satu-satunya minyak enjin motosikal di pasaran hari ini dengan minyak asas ultra bersih yang diperbuat daripada gas asli.

Teknologi PurePlus Shell yang dipatenkan merupakan proses gas-kepada-cecair (GTL) serba baru yang menukar gas asli kepada minyak asas sejernih kristal. Minyak asas GTL digabungkan dengan Agen Pembersih Aktif yang unik untuk memberikan tahap pembersihkan lebih tinggi dan perlindungan daripada kehausan dan kakisan dengan lebih hebat.

Shell Malaysia sekali lagi akan menjadi penaja nama Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2016 yang akan datang.  Tajaan tahun kedua kerturut-turut ini akan mengukuhkan lagi penglibatan syarikat yang sekian lama berada di barisan depan perlumbaan motosikal dunia.

Tajaan nama Grand Prix Motosikal Malaysia adalah sangat penting, kerana ia menyediakan pentas global untuk Shell memperlihatkan produknya yang inovatif termasuk Shell Advance Ultra (pelincir) dan Shell V-Power (bahan api). Ia juga menyediakan platform yang paling sesuai untuk menarik penunggang motosikal di rantau Asia dan seluruh dunia.

SHELL MELANCARKAN MINYAK SKUTER SHELL ADVANCE AX 5 4T BAHARU

Shell 2014.07

Kuala Lumpur, 6 Mei 2014 – Shell telah melancarkan Minyak Skuter Shell Advance AX 5 4T 15W40 serba baru yang dicipta khas untuk enjin skuter empat lejang.

Minyak Skuter Shell Advance AX 5 4T 15W40 direka untuk melindungi enjin skuter yang beroperasi dalam persekitaran bandar yang sesak dengan trafik dan dan memerlukan kenderaan kerap berhenti. Ia membawakan teknologi inovatif Shell yang menjanjikan prestasi minyak yang boleh dipercayai, kawalan lebih baik menerusi pertukaran gear lebih lancar dan keseronokan menunggang yang disebabkan kurang getaran dan bunyi lebih senyap.

Menurut Troy Chapman, Pengurus Besar Kelompok, Asia Tenggara, Shell Lubricants, Minyak Skuter Shell Advance AX 5 4T 15W40 telah dirumus dengan mengambil kira keperluan penunggang motosikal, khususnya pemilik skuter.

“Keunggulannya ialah aditif antioksidan yang membantu menanggalkan enapan dan mengekalkan kelikatan dan, dengan demikian, mengekalkan minyak dalam keadaan terbaik untuk masa lebih lama. Ini membolehkan anda menunggang dengan yakin kerana skuter anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan memberi tindak balas serta-merta kepada setiap sentuhan,” katanya.

Shell 2014.03

Minyak Skuter Shell Advance AX 5 4T 15W40 melengkapkan portfolio minyak enjin motosikal Shell Advance yang boleh didapati di pasaran Malaysia. Pek standard 800 ml berharga RM21.50 di Semenanjung Malaysia dan RM22.00 di Sabah dan Sarawak.

Chapman menjelaskan bahawa pelancaran Minyak Skuter Shell Advance AX 5 4T 15W40 tepat masa masanya memandangkan skuter semakin diminati semula sebagai kenderaan gaya hidup di kalangan generasi muda.

Sempena pelancaran Minyak Enjin Skuter Shell Advance AX 5 4T 15W40, Shell Malaysia juga melancarkan secara rasmi kempen pencarian penunggang muda Malaysia yang berbakat untuk menyertai cabaran Piala Bakat Asia Shell Advance (SAATC) 2015.

Dalam kejohanan sulung pada tahun ini, seramai 22 penunggang muda, termasuk tujuh penunggang Malaysia, telah dipilih oleh bekas pelumba legenda Sepanyol Alberto Puig untuk bersaing dalam lapan perlumbaan di enam pusingan di Qatar, Indonesia, China, Jepun dan Malaysia.

“SAATC adalah peluang sekali seumur hidup untuk berlatih dan berlumba di peringkat yang sangat kompetitif. Kami benar-benar berharap untuk mencungkil lebih ramai bakat Malaysia yang pada suatu hari nanti boleh bertanding di peringkat sukan lumba motor paling tinggi,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Tuan Haji Azman Ismail.

PERADUAN MEKANIKA MALAYSIA – SHELL LUBRICANTS

Menangi pek minyak pelincir sintetik sepenuhnya Shell Helix Ultra bernilai RM218 pada setiap minggu dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah!

Sebagai tanda terima kasih atas sokongan para pembaca terhadap laman web baharu ini (Syuk punya), Mekanika Malaysia akan menganjurkan satu peraduan tidak lama lagi.

Mendapat kerjasama daripada pihak Shell Lubricants, anda hanya perlu menjawab soalan-soalan mudah berdasarkan kepada artikel yang ada di laman web Mekanika Malaysia dan video Shell Helix Driven to Extremes di YouTube.

Hadiahnya? Pek minyak pelincir sintetik sepenuhnya Shell Helix Ultra empat liter bernilai RM218. Peraduan ini akan berlangsung selama empat minggu dengan dua pek minyak pelincir dihadiahkan pada setiap minggu.

Bukan itu sahaja, ‘Like’ yang ke-200, 300, 400, 500 dan seterusnya juga bakal  menerima hadiah misteri daripada Mekanika Malaysia.

Jadi, tunggu apa lagi. Rajinkan diri anda untuk melayari laman web ini dan sebarkan kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan ketua kampung anda juga!

Tiket MotoGP Malaysia 2012 di Stesen Shell Terpilih

Kuala Lumpur, 26 September 2012 – Berita baik untuk mereka yang merancang untuk menyaksikan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang dari 19 hingga 21 Oktober 2012 tetapi malas nak beli tiket jauh-jauh atau beratur macam nak beli tiket bas.

Sebabnya, tiket untuk menyaksikan MotoGP kini dijual di 37 stesen Shell terpilih, bermula dari 1 September hingga 21 Oktober 2012, sementara stok masih ada.

Daripada 37 stesen Shell terpilih itu, 22 terletak di Lembah Klang, tujuh di Johor, empat di Pulau Pinang, dua di Melaka dan masing-masing satu di Pahang dan Negeri Sembilan.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapat diskaun istimewa sehingga 27 peratus untuk harga tiket Grandstand biasa. Tetapi, diskaun tu hanya diberi kepada mereka yang memilih untuk membayar menggunakan kad kredit Maybank.

Sebagai rakan teknikal Pasukan MotoGP Ducati dan pembekal minyak enjin motosikal Shell Advance dan minyak Shell V-Power, Shell adalah satu-satunya rangkaian stesen minyak yang dilantik oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk menjual tiket MotoGP Malaysia tahun ini.

Klik untuk bacaan seterusnya

Peraduan ‘Kunci Kebebasan’ Shell Advance Tawarkan Lawatan VIP ke Sepanyol, Peluang Untuk Menangi Motosikal Ducati Monster Kepada Empat Pemenang Hadiah Utama

Kuala Lumpur, 29 Mei 2012 – Berita baik buat pemilik motosikal yang bergantung pada Shell Advance untuk memastikan motosikal mereka sentiasa memberikan prestasi terbaik!  Shell Malaysia akan menganjurkan dua aktiviti pengguna yang menarik secara serentak pada tahun ini.

Pertama, peraduan ‘Kunci Kebebasan’ Shell Advance akan menghadiahkan lawatan VIP ke Valencia, Sepanyol, kepada empat pemenang Hadiah Utama untuk menyaksikan acara MotoGP Sepanyol pada bulan November 2012.  Semasa lawatan ini, mereka juga akan mendapat peluang untuk memenangi sebuah motosikal Ducati Monster bernilai RM60,000.

Peraduan tiga bulan dari 1 Jun hingga 31 Ogos, 2012 ini dibuka kepada pelanggan yang membeli pek 1 liter minyak motosikal Shell Advance Ultra 4T, AX7 4T, AX5 4T, VSX 2T atau SX 2T.

Mereka akan mendapati kod unik 9 angka dalam label depan setiap pek, yang memberi satu peluang kepada mereka untuk menyertai peraduan ‘Kunci Kebebasan’ Shell Advance dengan menjawab satu soalan mudah melalui SMS.

Menurut Cik Seow Lee Ming, Pengurus Pemasaran Kelompok, Shell Lubricants Selatan Asia Tenggara, peraduan ‘Kunci Kebebasan’ Shell Advance bertujuan untuk menghadiahkan percutian impian dengan segala perbelanjaan ditanggung sebagai ganjaran kepada pelanggan setia Shell Advance, yang kebanyakannya bergantung pada motosikal mereka untuk ke sana sini dan mencari nafkah.

Dicipta berdasarkan kefahaman yang mendalam tentang penunggang motosikal dan keperluan harian mereka, Shell Advance 4T membawakan Teknologi RCE yang dimajukan untuk memberikan prestasi minyak yang boleh dipercayai dengan membantu menanggalkan enapan dan mengekalkan kelikatan untuk perlindungan lebih baik, kawalan lebih baik menerusi pertukaran gear lebih lancar dan perlindungan daripada gelinciran, serta tunggangan lebih menyeronokkan dengan mengurangkan getaran dan bunyi enjin.

Ia boleh didapati dalam empat jenis produk berlainan yang mudah dibezakan untuk jenis motosikal tertentu dan prestasi yang dikehendaki.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ‘Kunci Kebebasan’ Shell Advance dan minyak motosikal Shell Advance, sila ke stesen Shell dan bengkel motosikal yang berhampiran.