Posts Tagged ‘R3’

IRC Sepanyol 2011: Mata Pertama Untuk Proton

Giandomenic Basso berjaya mengutip mata pertama musim ini untuk Proton di Rally Islas Canarias El Corte Ingles di Sepanyol yang merupakan pusingan kedua Intercontinental Rally Challenge [IRC]. Pemandu dari Itali itu menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan dan memperolehi 2 mata dalam kategori pemandu dan 16 mata dalam kategori pengeluar. Proton adalah pengeluar Asia terbaik pada [...]

Proton R3 Satria Neo – GTi Masa Kini

Lebih kurang 12 tahun lalu Proton hadir dengan sebuah model yang sempurna. Satria GTi. Kereta ini hadir dengan pakej lengkap, beg udara pemandu, kit badan, kerusi Recaro, enjin 1.8 DOHC serta pemanduan dan pengendalian Lotus. Satria GTi adalah kereta yang malar segar [evergreen], secara visual dan emosi kereta ini akan membuatkan anda jatuh cinta berkali-kali. [...]

Video: Ujian Pra Musim Proton Satria Neo S2000 di San Remo

Gua ni memang dah rindu dengan bunyi kereta rali. Haih. Video di atas ialah Giandomenico Basso, juara musim pertama IRC. Proton panggil dia untuk ujian di San Remo sebagai persedian rali musim 2011. Basso adalah juara musim pertama IRC. -Mak/d Uia-

Proton R3 Satria Neo – Pandu Uji Singkat

Tengah hari semalam dalam cuaca mendung saya ke kilang Proton Shah Alam untuk pandu uji Proton R3 Satria Neo. Ikutkan skru GT boleh tahan sibuk tetapi memandangkan ramai yang teruja dan hits carian R3 Satria Neo tinggi tak sampai hati rasanya nak lepaskan kereta ini, tambahan pula kereta hac memang sentiasa di hati. Baru-baru ini [...]

Proton R3 Satria Neo

Dijuruterakan untuk pemanduan yang dinamik, Proton pada semalam memperkenalkan kereta hac eksklusif Proton R3 Satria Neo. Dibina oleh Divisyen Permotoran Proton di bawah jenama Race, Rally, Research [R3] kereta ini mudah dikenali dengan warna Fire Red dengan bumbung hitam. Enjin 1600cc Campro CPS yang digunakan pada Satria ini dipertingkatkan lagi dengan peralatan Stage 2 R3 [...]

Proton R3 Satria Neo, RM79,797!

Dibina oleh peminat untuk peminat, Proton kini menawarkan edisi terhad Proton R3 Satria Neo. Dijuruterakan untuk pemanduan yang berprestasi oleh staf R3 kereta ini dilengkapi pakej modifikasi stage 2 dengan kuasa 145 bhp pada 7,000 rpm dan tork 168 Nm pada 5,000 rpm. Hanya boleh didapati dengan transmisi 5 kelajuan close ratio, Proton R3 Satria [...]

Dibuka Untuk Tempahan, Proton Satria Neo CPS R3

Proton Satria Neo R3 CPS Concept berkongsi ruang pameran dengan Proton Satria Neo Cusco di Tokyo bulan lepas. Semasa Proton Satria Neo R3 Lotus Racing dikeluarkan ramai sedia maklum harganya tinggi dan input tersebut diambil kira pada model Neo CPS R3 di mana beberapa peralatan lima bintang disingkirkan untuk lebih mampu milik. Kuasa enjin Neo [...]

Proton Satria Neo Cusco Diuji di Jepun

Staf Proton Motorsports, Suriya Sankaran dan Faidzil Alang kini berada di Tokyo, Jepun bagi menghadiri sesi ujian Proton Satria Neo Cusco dan sesi bersama media. Enjin Neo Cusco masih lagi standard kecuali kotak gear dog box dan suspensi Cusco. Kontra dengan pemahaman popular, kereta rali boleh dibelasah dengan kondisi standard, tanpa pacuan empat roda atau [...]

IRC Monte Carlo 2011: Perlumbaan Pra Matang Proton Satria Neo S2000

Sekarang ini sedang berlangsung perlumbaan pusingan pembukaan IRC di Monte Carlo dan keputusan pasukan Proton pada hari pertama semalam tidak bagus di mana kedua-dua buah kereta menghadapi masalah, Chris Atkinson berhenti hanya selepas 700 meter berlumba kerana masalah elektrikal manakala P.G Andersson pula terlibat dalam kemalangan di SS 2. Memandangkan IRC tidak mempunyai kategori super [...]

Proton dan Cusco Jual Proton Satria Neo di Jepun

Seperti yang dimaklumkan di dalam entri sebelum ini Proton dan Cusco bekerjasama bagi mengeluarkan Proton Satria Neo rali yang akan dijual di pasaran domestik Jepun. Kereta rali Proton Satria Neo Grup N dibangunkan dan bakal dijual oleh Cusco khusus untuk pelumba Kejohanan Rali Junior di Jepun dan Asia Pasifik. Proton Satria Neo Grup N dibina [...]