Posts Tagged ‘R3’

Kemenangan Berganda Proton Di dalam MSS

Syafiq Ali dan Faidzil Alang berjaya menduduki podium pada Kejohanan Kereta Touring Malaysia (MSS) di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu lepas. Bermula dengan grid teratas, pasukan Proton R3 mendominasi dari awal hingga akhir perlumbaan sepuluh pusingan itu. Syafiq yang memandu Proton Gen.2 memandu dengan pantas di hadapan Faidzil yang memandu Satria Neo R3. Lebih [...]

Proton Menjuarai Kategori Pemandu APRC

Sesuatu yang tidak dijangkakan apabila pemenang Rally Hokkaido digugurkan kerana pelanggaran teknikal seterusnya menghadiahkan kategori pemandu Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) kepada Proton. Dengan perubahan keputusan itu, Alister McRae kini mengetuai senarai pemandu APRC dengan tempat kedua dimiliki oleh Chris Atkinson. Juara sebenar di antara kedua pemandu Proton tersebut akan ditentukan pada pusingan terakhir APRC [...]

Proton Juara APRC New Zealand 2011

Proton Satria Neo S2000 sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila buat kali ketiga menjuarai Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] dan memenangi Piala Pasifik yang disempurnakan oleh Chris Atkinson di Rali Antarabangsa Whangarei, New Zealand. Dengan tiga kemenangan di dalam APRC menjadikan Proton berada di ranking teratas kategori pengeluar dan pemandu di dalam kejohanan yang berbaki dua pusingan. [...]

APRC New Zealand 2011: Proton Mendahului Hari Pertama

Pemandu Proton, Chris Atkinson mendahului hari pertama APRC New Zealand yang berlangsung semalam. Beliau berada 6.2 saat di depan pemandu tuan rumah, Hayden Paddon yang memandu Subaru Impreza manakala di tempat ketiga pula ialah seorang lagi pemandu Proton Satria Neo S2000 iaitu Alister McRae. Dengan 76 pasukan bertanding dalam rali ini, beberapa pemandu seperti Rifat [...]

Pasukan Rali Proton Bersedia Untuk Bersaing di New Zealand

Dengan dua kemenangan daripada tiga pusingan serta mendahului kategori pemandu dan pengeluar di dalam Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC], Proton akan menyertai Rali Antarabangsa Whangarei di New Zealand pada hujung minggu ini dengan sasaran untuk mendominasi mata sebagai peneraju musim 2011. Proton mendapat tempat kedua di New Zealand tahun lepas dan dengan kemenangan Chris Atkinson [...]

IRC Belgium 2011: Proton Menamatkan Perlumbaan Yang Mencabar

Proton berjaya menamatkan perlumbaan rali Geko Ypres di Belgium yang mencabar pada hujung minggu lepas. Perlumbaan yang merupakan pusingan Intercontinental Rally Challenge [IRC] itu dilangsungkan di dalam permukaan litar yang basah dan licin. Walaupun dengan keadaan demikian, pelumba Proton iaitu P-G Andersson menduduki tempat ke-19 di antara 61 kereta yang berjaya menamatkan perlumbaan iaitu separuh [...]

APRC New Caledonia 2011: Proton Mendominasi Podium

Proton mencatat kejayaan ulangan seperti di Malaysia apabila berjaya menduduki podium tempat pertama dan ketiga keseluruhan Rally De Nouvelle Caledonie yang berlangsung pada 17 hingga 19 Jun lepas. Kemenangan ini adalah yang kedua setakat tiga pusingan Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC]. Mencatat kemenangan kedua selepas memenangi pusingan pembukaan APRC di Malaysia pada April lepas, Chris [...]

Pasukan Proton R3 Sasar Pertahan Penguasaan Dalam MSS

Pasukan Proton R3 mensasarkan untuk melebarkan penguasaan mereka di pusingan kedua Malaysian Super Series 2011 [MSS] pada hujung minggu ini. Pasukan memenangi tempat kedua pada heat 1 dan pertama pada heat 2 pusingan pertama MSS pada April lepas yang juga merupakan perlumbaan sokongan untuk Formula 1. Pada perlumbaan itu, pelumba terkenal negara, Faidzil Alang memandu Proton [...]

IRC Sepanyol 2011: Mata Pertama Untuk Proton

Giandomenic Basso berjaya mengutip mata pertama musim ini untuk Proton di Rally Islas Canarias El Corte Ingles di Sepanyol yang merupakan pusingan kedua Intercontinental Rally Challenge [IRC]. Pemandu dari Itali itu menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan dan memperolehi 2 mata dalam kategori pemandu dan 16 mata dalam kategori pengeluar. Proton adalah pengeluar Asia terbaik pada [...]

Proton R3 Satria Neo – GTi Masa Kini

Lebih kurang 12 tahun lalu Proton hadir dengan sebuah model yang sempurna. Satria GTi. Kereta ini hadir dengan pakej lengkap, beg udara pemandu, kit badan, kerusi Recaro, enjin 1.8 DOHC serta pemanduan dan pengendalian Lotus. Satria GTi adalah kereta yang malar segar [evergreen], secara visual dan emosi kereta ini akan membuatkan anda jatuh cinta berkali-kali. [...]