Proton Iriz Kini Lebih Menarik Dengan Pakej Baharu

Proton Iriz 2017

Sejak pertama kali diperkenalkan ke pasaran pada September 2014, lebih 45,000 unit Proton Iriz telah terjual menjadikannya model Proton kedua terlaris selepas Proton Saga. Bagi mengekalkan kelangsungan model itu serta menarik pada mata pelanggan, Proton telah melancarkan Iriz yang kini tampak lebih segar dengan pakej baharu.

Naik taraf itu susulan maklum balas orang ramai memandangkan Iriz berkongsi platform yang sama dengan Persona di mana model sedan itu hadir dengan pengurangan bunyi, getaran dan kekasaran serta penjimatan bahan api yang lebih baik.

Klik untuk bacaan seterusnya >>