Porsche Centre Penang kini dibuka – Pusat 3S bernilai RM15 Juta untuk pasaran Utara

Porsche Centre Penang

Sime Darby Auto Performance (SDAP) kini secara rasminya membuka Porsche Centre Penang. Pusat Jualan, Servis dan Alat ganti itu terletak di Seberang Perai dan dibangunkan dengan kos RM 15 juta. Bangunan Porsche Centre Penang berkeluasan 35,575 kaki persegi dan di bina di atas tanah seluas 102,524 kaki persegi.

Pusat 3S Porsche itu mampu memuatkan 10 buah kenderaan dengan beberapa fasiliti seperti dua bilik dialog, Carrera Lounge, ruang servis untuk sembilan buah kereta dan juga stor simpanan alat ganti.

Selain daripada itu, pelanggan juga boleh memilih untuk menempah khas kemasan dan kelengkapan kenderaan yang dibeli mengikut citarasa mereka. Pelanggan turut boleh mendapatkan pakaian, aksesori dan permainan dari Porsche.

Menurut Pengarah Urusan Porsche Asia Pasifik, Martin Limpert, “SDAP adalah pengimport tunggal dan eksklusif Porsche di Malaysia sejak tahun 2010 lagi dan terus melabur untuk jenama Porsche melalui fasiliti canggih dan tenaga kerja berkemahiran. Porsche Centre Penang menandakan satu lagi lambang perkembangan Porsche di Malaysia dan komitmen SDAP. Saya yakin dengan potensi masa depan Porsche di Malaysia dan dengan pembukaan pusat ini di Pulau Penang akan memberikan pengalaman yang terbaik untuk pelanggan Porsche.”

Pada majlis yang sama, SDAP turut melancarkan model baharu Porsche 718 Cayman yang berharga RM530,000 dan Cayman S berharga RM700,000.

Klik untuk galeri gambar fasiliti Porsche Centre Penang >>