Porsche 718 Cayman dan 718 Cayman S kini di pasaran – Harga bermula dari RM530K dan RM700K

Porsche 718 Cayman S

Sime Darby Auto Performance (SDAP) selaku pengimport dan pengedar kenderaan Porsche di Malaysia telah melancarkan dua model baharu iaitu 718 Cayman dan 718 Cayman S. Kedua-dua model itu bukan sahaja dilengkapi enjin baharu malah pelbagai teknologi canggih sesuai dengan peredaran masa dan keperluan undang-undang.

Porsche 718 Cayman dan 718 Cayman S adalah dari keluarga 718 Boxster yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu.

Nadi kuasa

Seperti 718 Boxster yang dilancarkan, 718 Cayman menggunakan enjin ‘flat four’ (bentangan mendatar empat silinder) baharu manakala 718 Cayman S pula dengan enjin flat four ¬†2.5 liter turbo.

Enjin 2.0 liter turbo pada 718 Cayman itu berkuasa 300 hp manakala enjin 2.5 liter pada Cayman S pula menggunakan teknologi turbo dengan geometri turbin boleh laras (VTG) berkuasa 350 hp. Enjin Cayman S itu lebih 25 hp berkuasa berbanding angka sebelum ini dengan 90 Nm tujahan lebih tinggi yang boleh dicapai dari bawah 2,000 rpm.

Klik untuk bacaan seterusnya >>