Posts Tagged ‘Pennzoil’

Pasukan GSR Pennzoil Racing Mensasarkan Kemenangan Tahun Ketiga di Perlis!

Pasukan GSR Pennzoil Racing [GSR] mempunyai misi besar hujung minggu ini, memenangi pusingan terakhir Kejohanan Rali Malaysia di Perlis untuk tahun ketiga berturut-turut. GSR memenangi pusingan ‘ladang tebu’ lagenda itu pada tahun 2008 dan 2009 dengan pemandu Karamjit Singh. “Perlis adalah venue yang istimewa untuk sebahagian daripada pemandu rali, litarnya adalah laju, kami boleh memandu [...]

KLIMS 2010: UMW Pennzoil Sdn. Bhd.

Turut menyertai KLIMS 2010 ialah UMW Pennzoil Sdn. Bhd. selaku pengedar rasmi produk Pennzoil di Malaysia. Di ruang pameran mereka, pengunjung akan diberi penerangan dan melihat produk-produk Pennzoil yang bukan sahaja terhad kepada minyak pelincir tetapi barangan lain seperti pakaian dan sebagainya. Pengunjung juga berpeluang untuk mempelajari proses penghasilan minyak serta mendapatkan produk Pennzoil pada [...]

MRSC 2010: FAIDZAL ALANG DAN RIZAL WAHID JUARA SULUNG PERTAMA!

Faidzal Alang dari pasukan GSR Pennzoil Racing dan pemandu persendirian, Rizal Wahid mempunyai sebab untuk bergembira sebelum menamatkan kalendar rali 2010 apabila mereka diumumkan sebagai juara bersama Kejohanan Rali Sprint KBS Pennzoil MAM [MRSC] 2010 pada pusingan ketiga dan terakhir di Melaka pada 13 hingga 14 November lepas. Faidzal menamatkan perlumbaan dibelakang Rizal tetapi mata [...]

MRSC Melaka 2010: Jai Rizal Juara!

Perlumbaan MRSC sudah pun tamat, pusingan ketiga dimenangi oleh Jai Rizal manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Faidzal Alang dari GSR Pennzoil Racing Team dan Edrin Mokhtar. Juara musim 2010 dimenangi oleh Faidzal Alang. Siaran media rasmi akan disiarkan kemudian. Sementara itu saksikan dahulu koleksi gambar hari kedua MRSC.

MRSC Melaka 2010: Gambar Hari Pertama!

Perlumbaan hari ini memang meriah, dari petang hingga ke malam. Faidzal Alang daripada GSR Pennzoil Racing Team mendahului pelumba lain dengan Jai Rizal di tempat kedua dan Wan Mohd Hafiz di tempat ketiga. Perlumbaan bersambung esok pada pukul 10.00 pagi di Autocity sebelum tamat di Stadium Hang Jebat pada sebelah petang. Pusingan terakhir bagi menentukan [...]

MRSC Melaka 2010: Penentuan Juara Musim Pertama!

Selepas dua pusingan yang berjaya, Kejohanan Rali Sprint KBS Pennzoil MAM [MRSC] kini sampai kemuncaknya apabila pusingan terakhir dan penentuan juara akan dilangsungkan hujung minggu ini di Stadium Hang Jebat dan Autocity di Melaka. Rizal Wahid – pelumba persendirian yang menjuarai pusingan lepas dengan Proton Putra 1.8 dijangka mempertahankan takhtanya daripada dua pemandu GSR Pennzoil [...]

MRSC Melaka 2010: Pusingan Terakhir!

Bulan ini boleh dikatakan sebagai bulan rali, dua minggu lepas berlangsung MRC di Tasik Kenyir, minggu lepas APRC di China dan hujung minggu ini pula adalah giliran Kejohanan Rali Sprint KBS MAM Pennzoil di Melaka. Kepada peminat rali di Melaka bolehlah menghadirkan diri di Stadium Hang Jebat dan Melaka Auto City. Format perlumbaan adalah di [...]

MRC Kenyir 2010: Lohitt Urs Juara!

Pasangan India-Malaysia, Lohitt Urs dan Manohar Menon yang memandu Mitsubishi Lancer menjuarai pusigan ketiga Kejohanan Rali Malaysia [MRC] di Tasik Kenyir semalam dengan masa total 1jam 39minit dan 40.0saat. Di tempat kedua pula Muhammad Rafiq Udhaya dan Sean Gregory dari MRU Motorsport yang memandu Subaru Impreza dengan masa 1jam 43minit 22.2saat. Menambahkan lagi kegembiraan MRU [...]

MRC Tasik Kenyir 2010: Katsu Taguchi Mendahului Hari Pertama!

Katsu Taguchi dan Jagdev Singh serta Karamjit Singh dan Douglas Pickering mengembirakan kem GSR Pennzoil Racing Team dengan mendominasi hari pertama Kejohanan Rali Malaysia di Tasik Kenyir semalam. Taguchi menamatkan masa di tempat pertama dengan masa 3 minit 01.3 saat berkelebihan 11 saat di hadapan Karamjit dalam pusingan sejauh 4.16 km ini.

MRC Tasik Kenyir 2010: Karamjit Singh Mengintai Penamat Podium!

Karamjit Singh dari GSR Pennzoil Racing Team mengintai satu lagi penamat podium untuk merangkul juara keseluruhan Kejohanan Rali Malaysia. Hanya lapan mata memisahkan beliau dengan pendahulu kejohanan yang bakal masuk pusingan ketiga di Tasik Kenyir, Terengganu pada Jumaat hingga Sabtu ini. Muhammad Rafiq Udhaya dari MRU Motorsport yang memandu Subaru Impreza dengan pemandu arah Sean Gregory [...]