Posts Tagged ‘Pennzoil’

KL Rally Day!

Mereka yang berada di sekitar Lembah Klang hari ini berpeluang menyaksikan perarakan kereta rali yang akan bersaing di dalam APRC dan MRC. Perarakan akan dimulakan bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang dengan pelepasan bendera di Petaling Jaya dan seterusnya melalui Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan, Jalan Telawi dan [...]

FA Racing – Niko Niza Racing: Pusat Sehenti Permotoran

Dalam menala kereta susah hendak cari yang berkenan di hati, kadang-kadang kita tidak tahu mengenai rekod bengkel, jika bagus dan jujur, kita yang puas hati jika tidak maknanya duit pun hangus dan kereta pula entah ke mana. Baru-baru ini saya ke Bengkel FA Racing dan Niko Niza Racing yang terletak di bawah satu bumbung di [...]

Bengkel Pennzoil-GearTinggi

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Gunaseelan Rajoo adalah jagoan rali tempatan dan acap kali ditampilkan dalam GearTinggi. Bersama Faidzil Alang, juara litar tempatan dan penala pemanduan dan pengendalian Proton Motorsports dan pemilik FA Racing mereka bergabung dalam Bengkel Pennzoil – GearTinggi. Bengkel maya ini berfungsi untuk menyelesaikan masalah kereta anda, memang pening kepala kalau ada masalah [...]

Peraduan Raya GSR Pennzoil – GearTinggi 2010

Pada bulan September 2010 seramai lima orang telah dipilih sebagai pemenang peraduan Raya GSR Pennzoil – GearTinggi. Pemenang dihadiahkan pakej servis kenderaan Pennzoil Autocare serta bonus cenderamata Pennzoil manakala tips pemanduan selamat pula saya minta dihalalkan sebab sesi tersebut terpaksa dibatalkan. Kepada yang gagal saya minta maaf sebab hadiah hanya terhad kepada lima set sahaja. [...]

Selingan Mata [26]

Kebiasaannya Matpon yang buat entri selingan mata, tetapi kali ini minta maaflah Encik Matpon sebab projek ini standardnya macam kontraktor kelas A. Bagi pada lu gua tak tau apa akan jadi. Apa pun, kalau sekutu susah nak baca poster di atas, bunyinya adalah; “Senyum semacam aje! Ada projek besar untuk pembaca GT!,” Projek ini kita [...]

GearTinggi: 2009 – 2010, Terima Kasih Semua!

Sempena tahun 2011, saya ingin mulakan entri pertama tahun ini dengan menyoroti gambar-gambar menarik sepanjang tahun 2010. Jika dikira bulan, GT kini berusia setahun setengah, blog yang bermula dari suka-suka kini mencapai tahap yang saya tidak jangkakan pun. Jika diambil usia manusia sebagai ukuran, GT diibaratkan bayi yang sudah pandai berjalan dan nakal meneroka pengalaman-pengalaman [...]

MRC 2010: GSR Pennzoil Menang Tiga Tahun Berturut-Turut di Perlis!

Pasukan GSR Pennzoil Racing sekali lagi membuktikan yang mereka adalah pasukan rali terbaik tempatan apabila memenangi Kejohanan Rali Malaysia [MRC] pusingan Perlis buat kali ketiga berturut-turut. Podium untuk pusingan keempat dan terakhir MRC itu didominasi oleh dua pasangan pemandu dengan Karamjit Singh dan pemandu arah Douglas Pickering menjuarai kejohanan manakala pemandu yang juga pengurus, Gunaseelan [...]

Muhammad Rafiq Juara MRC 2010!

Karamjit Singh sememangnya terlalu pantas dan bagus pada pusingan keempat dan terakhir Kejohanan Rali Malaysia 2010 di Kangar tetapi itu masih tidak memadai untuk beliau merangkul kejuaraan seperti tahun-tahun sebelum ini. Sebaliknya Muhammad Rafiq Udhaya yang memandu Subaru Impreza dinobatkan sebagai juara walaupun beliau dan pemandu arah Sean Gregory hanya berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan [...]

Karamjit Menguasai Hari Pertama Rali di Perlis!

Di atas kertas Karamjit gagal untuk menjuarai Kejohanan Rali Malaysia [MRC] 2010 namun itu tidak menghalang beliau daripada menampilkan aksi terbaik pada hari pembukaan pusingan keempat dan terakhir MRC di Kangar, Perlis. Pemanduan yang cemerlang semalam menyebabkan pemandu dengan mata tertinggi, Muhammad Rafiq Udhaya dan pemandu arah Douglas Pickering dengan kereta Subaru Impreza hanya berjaya [...]

Pasukan GSR Pennzoil Racing Mensasarkan Kemenangan Tahun Ketiga di Perlis!

Pasukan GSR Pennzoil Racing [GSR] mempunyai misi besar hujung minggu ini, memenangi pusingan terakhir Kejohanan Rali Malaysia di Perlis untuk tahun ketiga berturut-turut. GSR memenangi pusingan ‘ladang tebu’ lagenda itu pada tahun 2008 dan 2009 dengan pemandu Karamjit Singh. “Perlis adalah venue yang istimewa untuk sebahagian daripada pemandu rali, litarnya adalah laju, kami boleh memandu [...]