Posts Tagged ‘MRSC’

MRSC P2 2010: ACARA DITUNDA!

Pihak penganjur memaklumkan petang tadi MRSC pusingan 2 yang bakal berlangsung pada 30 Julai dan 1 Ogos [esok & lusa] di MAEPS terpaksa ditunda hingga diberitahu kelak. Notis singkat menyebabkan tiada lokasi ganti dapat diusahakan. Kesulitan amatlah dikesali. -Mak Uia-

MRSC: Rali Mesra Penonton! [DITUNDA!]

KEMASKINI 7.32 Mlm, 30 Julai: MRSC yang dijadualkan besok dan lusa terpaksa dibatalkan akibat masalah yang tidak dapat dielakkan. Segala kesulitan amat dikesali. Peminat rali lokal biasanya menonton perlumbaan rali di ladang kelapa sawit, tetapi tidak pada 31 Julai dan 1 Ogos ini apabila pusingan kedua Kejohanan Rali Sprint KBS Pennzoil (MRSC) akan diadakan di [...]

MRSC P2 2010: Hujung Minggu Ini!

Kejohanan Rali Sprint KBS-Pennzoil Malaysia kini kembali lagi. Pusingan kedua kali ini seperti biasa, mesra penonton dan yang paling menarik bakal dilangsungkan di lokasi yang paling dekat dengan bandar. Rali tidak pernah sedekat ini. Pusingan kali ini juga diadakan dengan 2 mod, di litar aspat dan juga tanah. Sabtu dan Ahad ini untuk mereka yang [...]

MRSC P1: Sesi Maklumbalas

Kepada peserta Malaysian Rally Sprint Championship [MRSC] anda dijemput hadir ke sesi maklumbalas yang bakal diadakan Sabtu ini. Sesi ini adalah untuk sama-sama berkongsi pendapat, cadangan, pertanyaan dan sebarang perkara mengenai MRSC dan juga untuk menambahbaik rali tempatan. Selain dari itu, maklumat mengenai MRSC pusingan 2 juga akan diumumkan dalam sesi ini. Informasi tambahan adalah [...]

MRSC P1 2010: Gambar & Corat-Coret

Sebelum Formula 1, rali adalah antara sukan yang popular di kalangan peminat sukan permotoran tempatan. Dulu-dulu acara pelepasan bendera dilakukan di Dataran Merdeka dan peringkat perlumbaan pula diadakan di Tasik Perdana, hiburan zaman tu adalah rali dan sehingga kini peminat rali semasa adalah saki-baki peminat dulu-dulu. Sekali dah terjebak memang susah nak tarik diri. Selepas [...]

MRSC P1 2010: Lohitt Urs Juara!

Lohitt Urs dari India dan jurupandu arah tempatan, Manohar Menon memenangi pusingan pertama Kejohanan Rali Sprint KBS PENNZOIL AAM [MRSC] 2010 yang diadakan hujung minggu lepas di Litar Antarabangsa Sepang [SIC] dan ladang sawit MAAH. Pasangan tersebut yang menggunakan Mitsubishi Lancer Evolution 8 yang disewa mencatat masa 0:43:17 dalam perlumbaan 2 hari dengan 9 peringkat [...]

MRSC: Sabar Menanti!

Laporan ‘on the way’. Rali malam, dilepaskan oleh PM dan sokongan padu penonton. -Mak Uia-

MRSC: Perubahan Jadual!

Sekutu yang nak ke MRSC hari ni kena lepak dulu sebab ada perubahan jadual, Perdana Menteri, YB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan membuat pelepasan bendera pada pukul 11 pagi dan bukan 5 petang. Selain dari itu, jadual rali adalah seperti biasa. Siapa yang nak pergi, peta dia ada kat atas, klik untuk imej [...]

MRSC: Panduan Penonton!

Seperti yang dikempen sebelum ini, Kejohanan Rali Sprint KBS-Pennzoil AAM akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini, kehadiran penonton memang diperlukan sebabnya kalau selama ini kita asyik dengar dan komplen kenapa tidak banyak syarikat yang menaja sukan rali antara sebabnya ialah kurang penonton. Hebat mana pun sesuatu acara tu apa lah gunanya kan kalau tak [...]

Sokongan PM Untuk Kejohanan Rali Sprint KBS-Pennzoil AAM

Pusingan pertama Kejohanan Rali Sprint KBS-Pennzoil AAM mendapat sokongan tertinggi negara apabila bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, YB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada Sabtu ini. Perlumbaan tersebut diadakan selama dua hari di sekitar Litar Antarabangsa Sepang [SIC] dan ladang kelapa sawit berhampiran. Dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek [...]