Posts Tagged ‘MRSC’

MRSC 2010: FAIDZAL ALANG DAN RIZAL WAHID JUARA SULUNG PERTAMA!

Faidzal Alang dari pasukan GSR Pennzoil Racing dan pemandu persendirian, Rizal Wahid mempunyai sebab untuk bergembira sebelum menamatkan kalendar rali 2010 apabila mereka diumumkan sebagai juara bersama Kejohanan Rali Sprint KBS Pennzoil MAM [MRSC] 2010 pada pusingan ketiga dan terakhir di Melaka pada 13 hingga 14 November lepas. Faidzal menamatkan perlumbaan dibelakang Rizal tetapi mata [...]

MRSC Melaka 2010: Jai Rizal Juara!

Perlumbaan MRSC sudah pun tamat, pusingan ketiga dimenangi oleh Jai Rizal manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Faidzal Alang dari GSR Pennzoil Racing Team dan Edrin Mokhtar. Juara musim 2010 dimenangi oleh Faidzal Alang. Siaran media rasmi akan disiarkan kemudian. Sementara itu saksikan dahulu koleksi gambar hari kedua MRSC.

MRSC Melaka 2010: Gambar Hari Pertama!

Perlumbaan hari ini memang meriah, dari petang hingga ke malam. Faidzal Alang daripada GSR Pennzoil Racing Team mendahului pelumba lain dengan Jai Rizal di tempat kedua dan Wan Mohd Hafiz di tempat ketiga. Perlumbaan bersambung esok pada pukul 10.00 pagi di Autocity sebelum tamat di Stadium Hang Jebat pada sebelah petang. Pusingan terakhir bagi menentukan [...]

MRSC Melaka 2010: Penentuan Juara Musim Pertama!

Selepas dua pusingan yang berjaya, Kejohanan Rali Sprint KBS Pennzoil MAM [MRSC] kini sampai kemuncaknya apabila pusingan terakhir dan penentuan juara akan dilangsungkan hujung minggu ini di Stadium Hang Jebat dan Autocity di Melaka. Rizal Wahid – pelumba persendirian yang menjuarai pusingan lepas dengan Proton Putra 1.8 dijangka mempertahankan takhtanya daripada dua pemandu GSR Pennzoil [...]

MRSC Melaka 2010: Pusingan Terakhir!

Bulan ini boleh dikatakan sebagai bulan rali, dua minggu lepas berlangsung MRC di Tasik Kenyir, minggu lepas APRC di China dan hujung minggu ini pula adalah giliran Kejohanan Rali Sprint KBS MAM Pennzoil di Melaka. Kepada peminat rali di Melaka bolehlah menghadirkan diri di Stadium Hang Jebat dan Melaka Auto City. Format perlumbaan adalah di [...]

MRSC P2 2010: Pelumba Persendirian Juara MRSC!

Pasangan pelumba persendirian, Rizal Wahid dan Sharol Zainal membuat kejutan dengan memenangi Kejohanan Rali Sprint KBS Pennzoil MAM [MRSC] pusingan kedua pada 2 hingga 3 Oktober lepas. Menggunakan Proton Putra 1.8, mereka mencatat masa 18 minit 27 saat dalam rali 12 pusingan yang diadakan di Taman Permotoran MAEPS, Serdang dan Litar Antarabangsa Sepang [SIC]. Di [...]

MRSC P2 2010: Faidzal Alang Dahului Hari Pertama!

Hari pertama Kejohanan Rali Sprint KBS-Pennzoil MAM [MRSC] baru sahaja tamat petang tadi. Walaupun diadakan di tempat baharu iaitu di MAEPS, Serdang, sokongan penonton tidak mengecewakan, mereka berdiri di atas bukit menyaksikan kereta-kereta hebat seperti Proton Gen.2 4WD Turbo, Proton Satria 4WD Turbo, Proton Satria Neo Campro dan tidak kurang juga kereta standard seperti Proton [...]

MRSC Pusingan 2: Rali Jalanan!

Kejohanan rali dunia atau Eropah biasanya dianjurkan di atas permukaan asfal, berbeza dengan rali tempatan yang terkenal dengan trek kelapa sawit. Kelaziman tersebut bakal berubah semasa pusingan kedua Kejohanan Rali Sprint KBS Pennzoil MAM (MRSC) pada 2 dan 3 Oktober ini yang akan dilangsungkan di Taman Sukan Permotoran MAEPS, Serdang dan Litar Antarabangsa Sepang [SIC]. [...]

MRSC P2 2010: Jadual Baru & Panduan Penonton!

Kejohanan KBS Pennzoil MAM Rali Sprint yang bakal dianjurkan pada hujung minggu ini mempunyai perubahan lokasi. Litar Putrajaya digantikan dengan MAEPS Motorsport Park di Serdang manakala Litar Antarabangsa Sepang [SIC] kekal seperti sebelumnya. Untuk sekutu yang merancang untuk menonton saya lampirkan jadual baru dan peta lokasi, jadi boleh lah bajet pukul berapa hendak ke sana [...]

MRSC P2 2010: Atur Cara Program

Dah lama kita tak dengar tentang Kejohanan Rali Sprint KBS Pennzoil MAM, kini rali yang mesra peserta dan penonton kembali dengan pusingan kedua yang bakal dianjurkan di Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang [SIC]. Tarikh yang disahkan ialah pada 2 dan 3 Oktober ini dan seperti kebanyakan rali di Eropah dilangsungkan di atas tarmak. Perkembangan lain [...]