MRC Akhir: Leg 1: Karamjit 1, Saladin 2!

rd5_leg1_large

MRC Akhir: Leg 1: Karamjit 1, Saladin 2!

Kemaskini 7.00 malam. 5/12/09.

Leg 1 pusingan akhir MRC menyaksikan persaingan sengit antara 2 pasukan utama, GSR Pennzoil Racing Team dan Felda Rally Team. Karamjit berjaya mengatasi Saladin hanya dengan beberapa saat diikuti oleh Gunaseelan Rajoo mengatasi Rozali Abdullah juga dengan masa yang sangat tipis. Gen.2 Saladin dikhabarkan mempunyai masalah brek.

Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:

1. Karamjit Singh/Jagdev Singh, Mitsubishi Evolution, 00:44:21.0

2. Saladin Mazlan/Arish Qutb Ahmad Khan, Proton Gen.2 4WD Turbo, 00:44:51.3

3. Gunaseelan Rajoo/Mohd Izwan Abdullah, Mitsubishi Evolution, 00:48:42.0

4. Rozali Abdullah/Douglas Pickering, Proton Waja 4WD Turbo, 00:48:48.2

5. Muhammad Rafiq Udhaya/Sean F. Gregory, Subaru Impreza, 00:51:26

Sumber: Malaysianrally.com

Nantikan perkembangan selanjutnya.

-Mak Uia-

Klik untuk kemaskini terdahulu >>

MRC 4: Saladin Juara! Karamjit 2, Guna 3!

MRC0401

1 November, 2009, Sepang – Saladin Mazlan dan jurupandu arah, Arish Qutb dari Pasukan Rali Felda menjuarai pusingan 4 Kejuaraan Rali Malaysia [MRC]. Beliau yang memandu Proton Gen.2 4WD turbo mencatat masa 1 jam 23 minit 50.1 saat turut membawa pulang trofi juara bagi kategori 4WD dan P12.

Saladin memulakan Leg 2 dengan 24.4 saat di hadapan juara bertahan, Karamjit Singh dan jurupandu arah Jagdev Singh dari GSR Pennzoil Racing Team dengan kereta Mitsubishi Lancer Evolution 8. Karamjit menamatkan perlumbaan 20.1 saat di belakang Saladin.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

MRC 4: Leg 1= Saladin 1, Karamjit 2, MRU 3!

MRC4Leg100

Kemaskini 31/10, 7.30mlm: Leg 1, Saladin 1, Karamjit 2, MRU 3!

Saladin Mazlan dan jurupandu arah Arish Qutb kini mendahului Leg 1 Malasyian Rally Championship pusingan 4 yang berlangsung di sekitar Sepang dan Cyberjaya. Tempat kedua diduduki Karamjit Singh dan jurupandu arah Jagdev Singh dari pasukan GSR Pennzoil Racing Team manakala tempat ketiga adalah Mohd Rafiq Udhaya dan jurupandu arah Sean F. Gregory dari pasukan MRU Motorsports.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

MRC 4: DEKAT SEPANG JE NI!

MRC400

Nak menganjurkan perlumbaan untuk 1 musim bukan senang, perlu duit ratusan ribu ringgit untuk promosi, logistik, hadiah dan lain-lain. Lebih tak sedap lagi bila kurang penaja.  Untuk peminat sukan rali tempatan dan permotoran amnya Kejuaraan Rali Malaysia pusingan ke 4 ini dianjurkan di belakang rumah sahaja. Lokasinya punyalah dekat kalau pergi Sogo hari Ahad pun lagi lama dari nak sampai ke Sepang, tempat berlangsungnya perlumbaan rali ini.

Biasanya orang akan komplen rali dibuat di hujung dunia, di Perlislah, Johorlah, dalam hutanlah dan macam-macam lagi alasan. Saya yakin itu bukan lagi alasan untuk pusingan 4 ini tambahan pula rali ni percuma, tak ada tiket tak ada apa, datang bawa badan saja, nak jual air mineral pun boleh.

Klik untuk bacaan seterusnya >>