Posts Tagged ‘MRC’

Proton Bersedia Untuk Bersaing Di Dalam Rali Lokal

Tiada yang lebih manis apabila meraih kemenangan di tanah air dan Proton berazam untuk mencatat keputusan cemerlang di dalam Rali Malaysia yang bermula hari ini. Berbekalkan kuasa yang dipertingkatkan dan set suspensi baharu, Alister McRae dan Chris Atkinson akan menggalas tugas memandu dua buah Proton Satria Neo S2000 di Johor sepanjang minggu ini yang juga [...]

Proton Sasarkan Keputusan Positif Pada Rali Malaysia

Pembuat kereta nasional, Proton mensasarkan keputusan positif pada Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] yang bakal bermula hujung minggu ini [1 - 3 April] di Johor. Proton akan mempertaruhkan 2 buah Proton Satria Neo S2000 yang akan dipandu oleh bekas pemandu Kejohanan Rali Dunia [WRC] iaitu Alister McRae dan Chris Atkinson. Selain daripada Neo S2000, terdapat [...]

Juara 4 Kali APRC, Cody Crocker Sertai Pennzoil GSR Racing Team

Juara 4 kali APRC, Cody Crocker dari Australia kini menyertai pasukan Pennzoil GSR Racing untuk MRC musim 2011. Cody yang berusia 39 tahun adalah satu-satunya pemandu yang berjaya mempertahankan kejuaraan APRC 4 kali berturut-turut. Beliau akan memandu Subaru Impreza STI Version 10 untuk pasukan negara, Pennzoil GSR di dalam MRC dan Malaysian Rally 2011 yang [...]

KL Rally Day!

Mereka yang berada di sekitar Lembah Klang hari ini berpeluang menyaksikan perarakan kereta rali yang akan bersaing di dalam APRC dan MRC. Perarakan akan dimulakan bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang dengan pelepasan bendera di Petaling Jaya dan seterusnya melalui Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan, Jalan Telawi dan [...]

UMW Pennzoil dan GSR Motorsports Wakili Malaysia dalam APRC 2011

Encik Ruslan Abdul Ghani, Pengurus Besar UMW Pennzoil Distributors Malaysia Sdn Bhd mengumumkan penyertaan Pennzoil GSR Racing Team di dalam Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] musim ini dengan bekas juara Kejohanan Rali Malaysia [MRC], Gunaseelan Rajoo dan pemandu arah, Jagdev Singh. Kedua mereka adalah wakil tunggal rakyat Malaysia yang akan bertanding dalam kesemua pusingan APRC. [...]

MRC 2011: Cabaran Bakal Bermula

Sejumlah nama-nama besar dijangka akan menyertai pusingan pembukaan APRC yang juga sebahagian dari MRC 2011 di Plaza Angsana Johor Bahru dan Estet Tai Tak di Kota Tinggi bermula 1 hingga 3 April. Buat pertama kalinya juga, peringkat istimewa pendek berjarak 2km dibina di kawasan bersebelahan Plaza Angsana untuk menyuntik lebih kesedaran umum terhadap sukan rali. [...]

MRC 2010: GSR Pennzoil Menang Tiga Tahun Berturut-Turut di Perlis!

Pasukan GSR Pennzoil Racing sekali lagi membuktikan yang mereka adalah pasukan rali terbaik tempatan apabila memenangi Kejohanan Rali Malaysia [MRC] pusingan Perlis buat kali ketiga berturut-turut. Podium untuk pusingan keempat dan terakhir MRC itu didominasi oleh dua pasangan pemandu dengan Karamjit Singh dan pemandu arah Douglas Pickering menjuarai kejohanan manakala pemandu yang juga pengurus, Gunaseelan [...]

Muhammad Rafiq Juara MRC 2010!

Karamjit Singh sememangnya terlalu pantas dan bagus pada pusingan keempat dan terakhir Kejohanan Rali Malaysia 2010 di Kangar tetapi itu masih tidak memadai untuk beliau merangkul kejuaraan seperti tahun-tahun sebelum ini. Sebaliknya Muhammad Rafiq Udhaya yang memandu Subaru Impreza dinobatkan sebagai juara walaupun beliau dan pemandu arah Sean Gregory hanya berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan [...]

Karamjit Menguasai Hari Pertama Rali di Perlis!

Di atas kertas Karamjit gagal untuk menjuarai Kejohanan Rali Malaysia [MRC] 2010 namun itu tidak menghalang beliau daripada menampilkan aksi terbaik pada hari pembukaan pusingan keempat dan terakhir MRC di Kangar, Perlis. Pemanduan yang cemerlang semalam menyebabkan pemandu dengan mata tertinggi, Muhammad Rafiq Udhaya dan pemandu arah Douglas Pickering dengan kereta Subaru Impreza hanya berjaya [...]

Pasukan GSR Pennzoil Racing Mensasarkan Kemenangan Tahun Ketiga di Perlis!

Pasukan GSR Pennzoil Racing [GSR] mempunyai misi besar hujung minggu ini, memenangi pusingan terakhir Kejohanan Rali Malaysia di Perlis untuk tahun ketiga berturut-turut. GSR memenangi pusingan ‘ladang tebu’ lagenda itu pada tahun 2008 dan 2009 dengan pemandu Karamjit Singh. “Perlis adalah venue yang istimewa untuk sebahagian daripada pemandu rali, litarnya adalah laju, kami boleh memandu [...]