Posts Tagged ‘MRC’

Karamjit Singh Juara Rali Malaysia 2011

Karamjit Singh dari pasukan GSR Pennzoil Racing Team pada Ahad menamatkan pusingan keempat dan terakhir Rali Malaysia 2011 di Jempol, Negeri Sembilan dengan rekod tanpa kalah seterusnya menjuarai musim 2011. Beliau memenangi kejuaraan dengan 44 mata di hadapan Rafiq Udhaya dengan 42 mata. Karamjit dan pemandu arah Viviek Ponnusamy dari India mencatat masa 1 jam [...]

MRC Perlis 2011: Pennzoil GSR Mendominasi Podium

KANGAR, 29 Mei 2011 – Perlumbaan yang berbaloi buat pasukan Pennzoil GSR apabila mereka mendominasi podium pada pusingan kedua Kejohanan Rali Malaysia [MRC] yang diadakan di Kangar, Perlis sepanjang hujung minggu lalu. Cody Crocker, juara Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] dari Australia dan Jagdev Singh pemandu arah tempatan yang menggunakan kereta Subaru Impreza bermula dengan [...]

MRC Kangar 2011: Fan Fan Gagal Hadir, Muhammad Rafiq Perlu Ditewaskan

KANGAR – Muhammad Rafiq Udhaya berada di kedudukan teratas apabila 28 pemandu bersaing di dalam pusingan kedua Kejohanan Rali Malaysia [MRC] 2011 di Kangar, Perlis. Walau bagaimapun, Muhammad Rafiq yang merupakan juara tahun lepas bukan memegang ranking pertama. Beliau berada di tempat kedua keseluruhan dan oleh kerana juara pusingan pertama iaitu Fan Fan dari China [...]

Pennzoil GSR Cemerlang Pada APRC Malaysia

Permulaan yang menggembirakan untuk pasukan Pennzoil GSR pada pusingan pembukaan Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] di Johor baru-baru ini apabila mereka memenangi kategori A6 dan mendapat tempat kedua dalam kategori 2WD. Encik Ruslan Abdul Ghani, Pengurus Besar UMW Pennzoil Distributors Malaysia Sdn Bhd sangat gembira dengan pencapaian prinsipal dan pemandu utama pasukan Gunaseelan Rajoo serta [...]

APRC Malaysia 2011: Proton Cusco Rally Team

Seperti yang diketahui umum, pasukan Proton Motorsports menjuarai Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] pusingan pertama di Johor pada Ahad lepas. Selepas 3 tahun berhempas-pulas baru kini pasukan pengeluar kereta nasional menjadi juara. Dimulakan oleh Karamjit Singh pada tahun 2009 kemudian oleh Alister McRae dan Chris Atkinson pada tahun 2010 dan 2011. Walaupun Proton Satria Neo [...]

APRC Malaysia 2011: Proton Mendominasi Podium!

Pasukan Proton begitu menyerlah di dalam Rali Malaysia 2011 di Estet Tai Tak, Kota Tinggi, Johor. Chris Atkinson dengan kereta Proton Satria Neo S2000 menerajui perlumbaan dan berada di podium juara di dalam pusingan pembukaan Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] ini. Menambah kegembiraan pasukan Proton apabila seorang lagi pemandu, Alister McRae berada di posisi ketiga, [...]

MR11: Chris Atkinson Mendahului Hari Kedua Perlumbaan!

Chris Atkinson kini mendahului Rali Malaysia yang berlangsung di Estet Tai Tak di Kota Tinggi, Johor. Beliau yang memandu Proton Satria Neo S2000 mencatat masa 2 jam 06:29.4 saat di hadapan Guarav Gill yang memandu Mitsubishi Evo X dengan masa 2 jam 08:09.8 saat. Di tempat ketiga ialah seorang lagi pemandu Proton iaitu Alister McRae [...]

APRC Malaysia 2011: Aksi Bermula di Johor Bahru

Pemandu dari Jepun, Yuya Sumiyama dan Rifat Sungkar adalah pemandu terpantas di kalangan peserta lain pada hari pembukaan Rali Malaysia 2011 di Johor Bahru semalam. Bersaing di atas litar berjarak 2.5km di dalam peringkat perlumbaan khas [super special stage], kedua-dua mereka daripada pasukan sama iaitu Cusco Pertamina, berlumba dengan kereta yang sama iaitu Mitsubishi Evo [...]

Proton Bersedia Untuk Bersaing Di Dalam Rali Lokal

Tiada yang lebih manis apabila meraih kemenangan di tanah air dan Proton berazam untuk mencatat keputusan cemerlang di dalam Rali Malaysia yang bermula hari ini. Berbekalkan kuasa yang dipertingkatkan dan set suspensi baharu, Alister McRae dan Chris Atkinson akan menggalas tugas memandu dua buah Proton Satria Neo S2000 di Johor sepanjang minggu ini yang juga [...]

Proton Sasarkan Keputusan Positif Pada Rali Malaysia

Pembuat kereta nasional, Proton mensasarkan keputusan positif pada Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] yang bakal bermula hujung minggu ini [1 - 3 April] di Johor. Proton akan mempertaruhkan 2 buah Proton Satria Neo S2000 yang akan dipandu oleh bekas pemandu Kejohanan Rali Dunia [WRC] iaitu Alister McRae dan Chris Atkinson. Selain daripada Neo S2000, terdapat [...]