Posts Tagged ‘Mitsubishi’

Mitsubishi Colt Juro Special Edition

Mitsubishi Colt Juro Special Edition adalah varian tambahan kepada Colt CZ2. Menjadikan varian ini istimewa ialah sistem navigasi Garmin dengan Bluetooth dan kerusi yang dibalut kulit sebagai peralatan standard. Dari segi keselamatan, struktur badan Colt dibina berasaskan standard Mitsubishi dengan nama glamor RISE atau Reinforced Impact Safety Evolution. Rekaan struktur ini membolehkan beban tenaga impak [...]

Mitsubishi Delica D:2

Mitsubishi pada Khamis lepas melancarkan van mini kompak Delica D:2. Walaupun kompak tetapi mempunyai interior yang luas dengan ciri-ciri mesra penumpang seperti pintu gelungsur pada kedua-dua sisi serta kerusi pelbagai aturan. Delica D:2 menggunakan enjin cekap bahan bakar 1.2 liter yang dikahwinkan dengan transmisi CVT dengan kesemua varian layak menikmati cukai kereta-eko Jepun sehingga 75%. [...]

Mitsubishi i-MiEV, Kereta Elektrik Capai 4 Bintang Euro NCAP

Apabila dilancarkan di Jepun pada Julai 2009, Mitsubishi i-MiEV adalah kereta elektrik pertama yang dijual pada skala besar untuk pasaran dunia. Dan sekali lagi i-MiEV mencipta sejarah dengan menjadi kereta elektrik pertama menjalani ujian pelanggaran oleh Euro NCAP dan keputusannya agak cemerlang iaitu 4 bintang. i-MiEV dibina berasaskan senibina mid-ship dan dikuasakan oleh motor kompak dan [...]

Mitsubishi Concept Global Small

Mitsubishi turut tidak mahu ketinggalan dalam membina kereta kecil global, Ford, Mazda, Toyota dan Nissan masing-masing sudah menjaja model kecil global mereka dan Mitsubishi akan tampil dengan model saingan pada Mac 2012. Ciri-ciri kereta ini ialah kompak, mampu milik, jimat minyak, berkapasiti lima penumpang dan Mitsubishi merancang untuk membinanya di kilang ketiga mereka di Thailand. [...]

Gambar: Macam-Macam Mitsubishi Jo!

Lu orang tau tak GT punya library [bunyi educated jo] bersepah gambar kereta bukan makwe ye brader, gua pun tak tau nak buat apa dah bos gua bagi takkan gua nak frame gantung dinding. Gua syak kalau gua print ni mau kena pelangkung dakwat abis keh keh keh keh. Nah lu orang nak layan ajelah [...]

Gambar: Proton Inspira

Hits Proton Inspira adalah antara yang tertinggi dalam GT, cerminan yang model ini popular. Dengan tema Yang Bijak Memilikinya saya rasa Inspira menepati kempen yang dilaungkan. Inspira adalah kereta sedan dengan interior luas, selesa, kejuruteraan Jepun dan paling penting dijual pada harga tempatan – faktor penjualan terbesar. Ringkas cerita, Mitsubishi dengan lencana Proton. -Mak Uia-

Mitsubishi PX-MiEV dan i-MiEV SPORT AIR

Dalam teknologi hijau automotif, Mitsubishi lebih fokus kepada kereta yang dijanakan oleh kuasa elektrik sepenuhnya berbanding pembuat lain. Dengan tema Drive@Earth, Mitsubishi menggunakan mantra tersebut untuk memacu syarikat mencapai keseimbangan ideal antara prestasi dan mesra alam serta menghasilkan kereta yang bukan sahaja ‘peduli’ pada dunia malah penghuninya. Selepas mengeluarkan kereta elektrik i-MiEV dengan emisi sifar, [...]

Mitsubishi i-MiEV: Lima Ribu Unit Sudah Dibina!

Mitsubishi Motor Corporation [MMC] mengumumkan semalam produksi kereta elektrik mereka – i-MiEV yang dibina di kilang Mizushima, Jepun sudah mencapai lima ribu unit. MMC adalah pengilang pertama didunia yang memulakan produksi besar-besaran kereta elektrik [EV] iaitu pada bulan Jun 2009. Sebulan selepas itu i-MiEV mula dijual di Jepun dan lebih kurang tiga ribu unit sudah [...]

Mitsubishi i-MiEV Spesifikasi Amerika

Amerika mempunyai pasaran yang luas dan citarasa pembeli tersendiri membolehkan negara tersebut mempunyai varian kereta yang tidak ditawarkan di tempat lain. Bahkan pengeluar kereta membina jenama kedua khusus bagi meraih pembelian dari pasaran yang skeptik dengan jenama asal mereka. Maka lahirlah Infiniti, Acura dan Lexus. Walaupun demikian, Mitsubishi masih lagi mengguna pakai jenama asal berbeza [...]

Inspira: Proton Rancang Tiga Tahun Lepas!

Kita sedia maklum yang Inspira datangnya dari Mitsubishi Lancer. Oleh sebab itu ada yang mempertikai kenapa Proton perlu undur ke belakang dengan tidak menghasilkan desain sendiri. Kritikan memang sentiasa ada, ada desain sendiri pun kena kutuk dan ambil desain orang juga dikutuk. Hakikatnya pembuat dunia lain pun membuat jenama semula demi kelangsungan bisnes, kalau ikut [...]