McLaren F1, 20 Tahun Versi Jalanan!

366082_60734-f-mclar

McLaren macam yang kita kenal memang pakar dalam Formula Satu. Kalau tak menang pun diaorang akan cucuk angin dengan juara. Tahun ini McLaren bercerai dengan Mercedes tapi masih lagi guna enjin Mercedes, paling sedap McLaren lagi laju dari Mercedes GP. Nampak sangat aerodinamik kereta main peranan, sebab pembekal enjin Formula Satu ada beberapa saja tapi macam yang berlaku sekarang ini ada yang boleh ‘blah’ dan ada juga yang tak habis-habis ada masalah teknikal. Pada saya itulah uniknya Formula Satu, perkiraan matematik sangat penting untuk menjamin kemenangan.

20 tahun lepas McLaren menghasilkan kereta Formula Satu untuk jalanan yang dikenali sebagai McLaren F1. Kereta tersebut menggunakan chasis monocoque gentian kaca sepenuhnya, pertama seumpanya untuk sebuah kereta jalanan. McLaren F1 mula diperkenalkan pada umum pada 28 Mei 1992 dengan unit pertama diserahkan kepada pelanggan pada Disember 1993.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Klik Untuk Perkongsian Media Sosial //
  • Facebook
  • Add to favorites
  • PDF
  • RSS
  • Print