Tag: Lotus Racing

Jul 14

Air Asia X Taja Lotus Racing!

Apabila Dato’ Seri Tony Fernandes umumkan penubuhan Lotus Racing ramai yang mengagak Air Asia akan menaja tim tersebut. Selepas satu persatu penaja diumumkan logo Air Asia masih lagi tidak ‘terlekat’ pada badan kereta T127 kecuali pada kereta Williams, yang memang Air Asia dah taja lama. Sehinggalah pada GP Britain baru-baru ini Air Asia X mengumumkan …

Continue reading »

Jul 12

F1 Britain 2010: Mercedes Podium!

Sedar tak sedar, Formula Satu sudah masuk pusingan kesepuluh dan kelmarin ianya berlangsung di litar Silverstone yang baru diubahsuai. Dan perlumbaan ini dimenangi oleh Mark Webber manakala Sebastian Vettel di tempat ketujuh selepas tersasar dari litar pada pusingan pertama. Tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan tuan rumah iaitu McLaren dengan pemandu tuan rumah juga iaitu …

Continue reading »

Jun 28

F1: GP Valencia 2010: RedBull Juara, lagi.

Saya terkejut melihat keputusan F1 kali ini, kereta yang menggunakan enjin Cosworth yang terkenal lembap sebelum ini mencanak naik dengan Rubens Barrichello dari Williams mendapat tempat keempat. Perlumbaan kali ini juga penuh dengan kontroversi di mana 9 kereta akan disiasat kerana memecut di belakang kereta keselamatan yang keluar akibat kemalangan dahsyat antara Mark Webber dan …

Continue reading »

Jun 15

F1: GP Kanada 2010: McLaren 1-2!

Lewis Hamilton dan Jenson Button sekali lagi mengulangi kejayaan seperti di Turki dengan menjuarai GP Kanada dengan podium 1-2! Perlumbaan kali ini dianggap sukar sebab permukaannya yang kasar dan tayar lembut hanya boleh bertahan lebih kurang 10 hingga 15 pusingan manakala tayar keras lebih kurang 25 – 30 tayar. Kedua pemandu McLaren Mercedes tersebut berjaya …

Continue reading »

Apr 19

F1: GP China 2010: McLaren 1-2!

Litar moden F1 lebih mencabar berbanding litar tradisional, memberi lebih peluang untuk memotong¬† seterusnya menjadikan perlumbaan lebih menarik dengan aksi potong memotong dan memberi input realistik kepada tim teknikal tentang keupayaan sebenar kereta mereka. Dengan kata lain samada kereta yang dibina adalah kompetitif atau sememangnya lembap. Itulah yang dapat kita lihat di litar Shanghai, McLaren …

Continue reading »

Apr 09

Baii: Gua Tengok je Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Seperti yang digembar gemburkan oleh Matpon (adik Mat Kacau tapi tak mengaku), gua test kereta ni semalam. Seperti yang diberitahu oleh pihak Media relation Proton yang sepanjang tahun tukar orang berapa kali pun gua tak tau, jadual gua test pukul 4.30- petang. Group 3. Awal-awal lagi gua dah SMS Rosyam Nor ajak datang test sekali. …

Continue reading »

Apr 08

Baii Dah Cuba!

Yeah, Baii dah cuba kereta ni. Keh keh keh. Encik emel tak cukup setem nak hantar kat gua lagi. -Matpon-

Apr 05

F1: GP Malaysia 2010: Petronas Podium!

Nico Rosberg berjaya menghadiahkan podium kepada Petronas dan negara selaku penaja utama pasukan Mercedes GP. Bermula dari tempat kedua pada grid perlumbaan, Nico tercicir ke tempat ketiga akibat dari putaran roda terlebih sehinggalah krew tim melakukan orkestra yang kemas pada hentian pit pusingan ke 22, menjimatkan satu saat dan menjarakkan kedudukannya dari Robert Kubica. Dari …

Continue reading »