Dua Lotus Berlumba Esok!

2010 IRL IndyCar Indy 500 Qualifying

Lotus Racing akan berlumba di GP Turki esok manakala Takuma Sato akan memandu dalam Indy 500 2010. Selain dari kepakaran kejuruteraan, Lotus adalah sebuah organisasi yang kreatif. Kalau tak, takkan diaorang boleh lekat chasis pakai gam saja. Saya tak berapa gemar dengan warna Hijau British tetapi Lotus berjaya mengadunkannya dengan warna kuning dengan kemas sekali. Nampak moden dan dalam masa yang sama klasik.

Topi keledar yang cun ini disiapkan oleh pereka Lotus, Jason Fowler dalam masa 45 jam. Pada sisi topi ada gambar kereta Lotus 38 yang dipandu Jim Clark dan sebelah lagi gambar kereta Taku. Lotus harap desain tersebut dapat menginspirasikan Taku untuk mengulang kembali kejayaan ‘otai’ tersebut.

Klik untuk gambar seterusnya >>