Honda Malaysia buka Pusat 4S terbesar di Kelantan dan Pantai Timur

Ban Chu Bee Honda 4S Centre

Ban Chu Bee Sdn. Bhd. telah membuka Pusat 4S (Jualan, Servis, Alat Ganti, Cat dan Pembaikan Badan) terbesar di Kelantan yang juga merupakan terbesar di kawasan Pantai Timur. Pusat Honda 4S terbaru ini bakal memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan di Kelantan selain daripada menampung pengembangan Honda di Pantai Timur terutama sekali di negeri itu.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, En. Katsuto Hayashi berkata, “Tahun lepas, Honda Malaysia telah menjual 91,830 kenderaan dan daripada jumlah itu sebanyak lapan peratus jualan adalah dari Pantai Timur atau lebih dari 7,200 kenderaan. Jualan di Kelantan sahaja adalah 34.6% daripada jumlah tersebut di mana Honda Jazz adalah model paling laris. Dalam lima tahun kebelakangan ini, jualan Honda Malaysia di Pantai Timur telah meningkat sebanyak 172%.”

Honda Malaysia memulakan tahun ini dengan respon yang baik daripada pasaran. Honda BR-V telah ditempah hampir 10,000 unit dengan lebih 5,200 sudah diserahkan kepada pelanggan sejak dilancarkan pada Januari lalu.

Honda City turut menerima sambutan menggalakkan dengan hampir 3,000 tempahan dalam tempoh tiga minggu sejak ia dilancarkan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>