Posts Tagged ‘Ford’

WRC Jerman 2010: Sebastien Loeb Juara Lagi!

Selepas dikalahkan oleh Jari-Matti Latvala pada WRC Finland lepas, Sebastien Loeb kembali meneruskan misi lagendanya dengan memenangi pusingan terbaru WRC di Jerman. Bukan setakat Loeb saja yang menang tetapi tim Citroen World Rally mendominasi terus perlumbaan tersebut. Latvala dari Ford Abu Dhabi hanya menduduki tempat keempat.

Ford: Juara 5 Acara Dalam 2 Hari!

Pada 5 Ogos lepas Ford mencatat sejarah dengan menjuarai 5 acara oleh 4 pemandu, di 3 benua dan dalam masa 2 hari. Tim tajaan Ford memenangi WRC, NASCAR Sprint Cup, Chinese Touring Cars dan rali X Games.
Di bawah ini saya ringkaskan kemenangan Ford.

Ford Transit Pun Ada Tipper!

Saya rasa berita ini agak cool sebab saya tak tau pun ada Ford Transit jenis tipper. Dan memang tak pernah terfikir pun van ini boleh buat macam tu. Rupa-rupanya van dengan nama rasmi Ford One Stop Shop Transit Tipper ini sudah pun berada dipasaran sejak 12 tahun dulu dan yang dipaparkan ini adalah model terbaru [...]

Video: Rock it Like Block

Ni dia yer, video Ken Block naik kereta rally pergi kedai beli barang. Kereta ni nama dia Ford Fiesta ok.
Sekian yer. Kerja time matahari tegak macam ni memang mencabar yer. Mata kuyu jer. Bos gua bagi suh buat keje.
Sekian.
Good bye.
-Matpon-

Video: Ford Focus RS500

Untuk siapa yang ada duit lebih dan pada masa yang sama tergila-gilakan Ford Focus RS, kereta ini boleh dibeli di Naza. Tetapi…saya tak yakin kereta ini ada lagi ke tak, dengan harga lebih dari RM300k, Naza membawa dua unit. Satu unit dah pun terjual dan satu lagi mungkin juga dah laku.
Kereta ini memang hebat dan [...]

Rim Baru Untuk Ford Focus RS Terakhir!

Saya tak pernah dengar lagi pengeluar kereta menyambut penamatan model kereta. Dan itulah yang Ford buat. Untuk meraikan tamatnya pengeluaran Ford Focus RS di UK, Ford menawarkan rim istimewa gayaan rali. Rim bersaiz 19 inci ini berharga GBP 500 dan kalau pembelinya mampu membeli Ford Focus RS yang berharga puluhan ribu, rim macam ini rasanya [...]

WRC: New Zealand 2010: Akhirnya Latvala Juara!

Pasangan pemandu BP Ford Abu Dhabi World Rally Team, Jari-Matti Latvala dan Miikka Antilla akhirnya memecahkan dominasi Sebastien Loeb di Rali New Zealand hujung minggu lepas. Kemenangan Latvala menjadikan Ford pembuat paling berjaya dalam sejarah WRC dengan 75 kemenangan.

Gymkhana Three!

Akan datang: Gymkhana Three. Kalah berlumba tak apa, cari peluang lain.
Foto: Ford
-Mak Uia-

WRC: Turkey 2010: Sebastien Loeb Menang Lagi!

Sebastien Loeb dan Daniel Elena memandu dengan cemerlang pada hari terakhir Rally Turkey dan mencatat kemenangan hatrik dalam WRC 2010. Kejayaan terbaru ini membolehkan mereka mendahului 40 mata di hadapan Petter Solberg. Citroen Total World Rally Team sekarang ini mempunyai kelebihan 15 mata di hadapan BP Ford Abu Dhabi World Rally Team bagi kategori pembuat.

Jari-Matti Latvala Pandu Ford Dalam 24 Jam Nurburgring!

Pemandu WRC Ford, Jari-Matti Latvala akan menyertai Veranstaltergemeinschaft Langstreckenpokal Nurburgring [gila panjang!] atau bahasa ringkasnya perlumbaan tahan lasak Nurburgring 24 jam pada 15 – 16 Mei akan datang. Pemandu BP Ford Abu Dhabi World Rally Team yang memenangi 2 rali dunia sepanjang kariernya akan memandu Ford Focus RS.
Latvala akan memandu bersama 3 lagi pemandu yang [...]